awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati

Bernama
Bernama
23/03/2024
23:33 MYT
Serangan pengganas di Moscow: PM zahir ucapan takziah, simpati
Kepulan asap kelihatan susulan kebakaran di lokasi konsert Dewan Bandaraya Crocus berikutan insiden tembakan rambang, berhampiran Moscow, Rusia, 22 Mac 2024. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa, keluarga mereka dan rakyat Rusia susulan serangan pengganas di sebuah dewan konsert di Moscow pada lewat hari Jumaat.
Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.
"Hakikat bahawa serangan itu berlaku di sebuah dewan konsert utama, yang merupakan pusat budaya, adalah seolah-olah seperti ia telah dirancang dengan begitu rapi untuk mengakibatkan kemusnahan maksimum.
"Selain itu, sebagai seorang Muslim, saya berasa terpanggil untuk menegaskan bahawa kekejaman yang amat keji ini tidak sesekali boleh dikatakan sebagai mewakili Islam atau mana-mana agama. Justeru itu, kita mesti berdiri teguh menentang perbuatan yang membenarkan kejahatan dan kejelikan sedemikian menenggelamkan keamanan serta ajaran mulia agama-agama besar di dunia," kata beliau.
Susulan itu, Anwar berkata Malaysia sedia menjalin kerjasama dengan semua rakan kongsinya termasuk Persekutuan Rusia untuk bersama-sama menentang keganasan.
Terdahulu, dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 60 orang maut manakala 145 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di sebuah dewan konsert di Dewan Bandaraya Crocus.
Insiden itu berlaku semasa konsert kumpulan muzik 'Picnic.'
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rusia
#konsert
#serangan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan