KUALA LUMPUR:Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang dalam kenyataan pada Selasa mengesahkan portal rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diserang oleh penggodam.
Berikut adalah lima perkara yang perlu anda tahu.
Apa yang berlaku?
Cubaan menggodam itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM. Serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi.
Apa yang dilakukan oleh ATM?
Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.
Menurut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang, pihaknya berdepan dengan cubaan serangan siber yang berterusan dan sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa terutama melalui peranan BSEP dan CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara.
Apa puncanya?
Menurut Penganalisis Pertahanan dan Keselamatan, Datuk Dr Ruhanie Ahmad penggodam biasanya mempunyai dua matlamat utama iaitu menduga sistem pertahanan siber yang bebas daripada digodam atau "hack proof" atau cuba mencuri maklumat penting memandangkan Kementerian Pertahanan dan ATM merupakan nadi pertahanan negara. Malah katanya, semua bahagian perkhidmatan sensitif dalam kerajaan turut berdepan risiko sama.
Apa itu BSEP dan CDOC?
Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM merupakan aspek baharu dalam dunia ketenteraan. Bahagian baharu ini sama penting seperti cawangan udara dan darat.
Penganalisis menjangkakan peperangan di masa hadapan akan bermula dengan perang siber atau elektromagnetik. Contohnya penggunaan pesawat tanpa pemandu atau dron untuk melakukan serangan seperti yang berlaku di Timur Tengah.
Perlukah kita bimbang?
Penganalisis Pertahanan dan Keselamatan, Datuk Dr Ruhanie Ahmad mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan cubaan godam ini kerana pihak berkuasa seperti ATM, Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa mengemas kini dan meningkatkan keupayaan BSEP dan CDOC baik dari aspek kemahiran kakitangan dan juga aset.
Malah aspek ini turut diberikan penekanan dalam Kertas Putih Pertahanan yang dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Disember tahun lepas yang bertujuan menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara untuk tempoh 10 tahun bagi melindungi kepentingan Malaysia dan mempertahankan kedaulatan serta keutuhan wilayah.
Abdul Hakim Rahman
Tue Dec 29 2020

Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM merupakan aspek baharu dalam dunia ketenteraan. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Rakyat 'muak' dengan kemelut politik | Tidak salah kalau tidak suntik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).
![[TERKINI] Ketibaan Perdana Menteri di Arab Saudi [TERKINI] Ketibaan Perdana Menteri di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894045/42418330561615046750855_640x360.jpg)
[TERKINI] Ketibaan Perdana Menteri di Arab Saudi
Ikuti perkembangan terkini mengenai ketibaan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin di Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat.

Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor
Selangor membuka kempen Liga Super musim 2021 dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Sri Pahang 3-1.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

PKPD | PKPD Kg Serumah daerah kecil Siburan bermula esok
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung serumah daerah kecil Siburan, Bahagian Serian Sarawak bermula 7 sehingga 20 Mac depan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 416 ujian saringan telah dijalankan dan 21 orang disahkan positif COVID-19 ketika ini.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sifat prihatin dan kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tatkala negara berdepan pandemik COVID-19, amat dipuji rakyat. Rata-rata rakyat di Melaka ketika ditemui Astro AWANI mengakui sifat yang ditonjolkan oleh baginda itu secara tidak langsung membuatkan rakyat bertambah sayang kepada pucuk pimpinan negara itu.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 06 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 06 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

Mindef sasar tingkatkan kuota pelajar RMC untuk UPNM - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, Mindef berharap KPT dapat tingkatkan kuota kemasukan pelajar RMC ke UPNM sehingga ke tahap 40 peratus.

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88
Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Petugas kesihatan ATM diberi keutamaan pemberian vaksin COVID-19
Lebih 4,000 petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik fasa pertama pemberian vaksin bermula.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech: Ini lima perkara yang anda perlu tahu
Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang apa yang berlaku hari ini.

571,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama - Khairy
Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini.

42,120 anggota ATM terima vaksin COVID-19 fasa pertama - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksin itu melibatkan 84,240 dos dengan setiap anggota menerima dua dos suntikan vaksin.

ATM siap sedia jayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Pelan tindakan perlu bagi memastikan keseluruhan program imunisasi yang dirangka kerajaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai matlamat.