KUALA LUMPUR: Algoritma kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh Serba Dinamik Artificial Intelligence Team (SDAI) berjaya mengenal pasti pesakit COVID-19 hanya menerusi bunyi batuk.
Serba Dinamik Holdings Berhad menerusi kenyataan memaklumkan, pasukan itu yang diketuai Presiden Persatuan Kecerdasan Buatan Malaysia (ARTIS) Dr Azree Shahrel Ahmad Nazri telah melakukan ujian klinikal ke atas 150 peserta.
Menurutnya, keputusan yang diperoleh telah mencapai 94 peratus sensitiviti untuk kes-kes bergejala dalam kalangan mereka yang menerima keputusan ujian RT-PCR COVID-19 rasmi yang positif, manakala 88 peratus adalah mereka yang tidak mempunyai gejala.
"Dalam ujian besar-besaran ke atas 1,009 peserta, ia mencapai 94 peratus ketepatan, 96 peratus sensitiviti dan 94 peratus kespesifikan.
"Aplikasi yang dinamakan sebagai Al-Screen sedang dinilai oleh Kotak Pasir Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (NTIS), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu penggunaan praktikal bagi kes-kes mungkin untuk saringan harian pelajar, pekerja dan orang awam memandangkan sekolah, sektor pekerjaan dan pengangkutan dibuka semula, ataupun untuk 'pool testing' bagi memaklumkan dengan segera wabak dalam sesuatu kumpulan.
Pada Jun 2020, hasil daripada kerjasama SDAI dengan ARTIS, ia berjaya menghasilkan set data sebanyak 25,000 sampel bunyi batuk dan aplikasi itu telah diuji sejak tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad Datuk Mohd Karim Abdullah berkata, pengguna perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada iaitu mengambil ujian RT-PCR sama ada di kemudahan kesihatan kerajaan atau swasta untuk pengesahan lanjut.
"Ketidakupayaan untuk menguji secara besar-besaran menjadi masalah utama dalam perang berterusan terhadap pandemik COVID-19. Aplikasi AI-Screen adalah aplikasi telefon pintar yang dapat merakam dan menghantar tiga bunyi batuk ke enjin AI dan boleh memberikan keputusan dalam masa hanya dua minit," katanya dan menambah aplikasi itu menawarkan alat saringan yang boleh digunakan sesiapa sahaja di mana-mana dan bila-bila masa.
Abdul Karim berkata batuk dibuktikan sebagai satu gejala bagi majoriti pesakit tetapi bukan semua pembawa COVID-19, bagaimanapun banyak kajian menunjukkan batuk adalah satu daripada mekanisme utama bagi penyebaran COVID-19.
Beliau berkata imbasan suhu adalah kaedah saringan utama COVID-19 pada masa kini, sebagai contoh ketika memasuki mana-mana pusat beli-belah.
Antara batuk dengan demam, Abdul Karim berkata bilangan keadaan perubatan bukan COVID-19 yang menyebabkan demam adalah lebih besar daripada keadaan bukan COVID-19 yang boleh menyebabkan batuk.
Beliau berkata aplikasi AI-Screen bukan bertujuan untuk menggantikan atau bersaing dengan ujian gred perubatan dengan cara apa sekalipun, sebaliknya ia menawarkan penggunaan pelengkap bagi kes-kes untuk mengawal wabak menjadi endemik, dan pasukan itu menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak sampel dengan menumpukan kepada varian Delta.
Katanya, aplikasi ini boleh digunakan sebagai kaedah prasaringan yang boleh diakses oleh orang ramai menjelang akhir tahun ini selepas menerima NTIS daripada MOSTI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Aplikasi ini boleh digunakan sebagai kaedah prasaringan yang boleh diakses oleh orang ramai menjelang akhir tahun ini. - Gambar hiasan
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.
Gagal kemuka laporan tahunan, saham Serba Dinamik akan digantung
Dagangan saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan digantung berkuatkuasa 9 pagi pada 23 Dis 2022 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.