awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seremban jadi bandar raya tahun depan - MB

Bernama
Bernama
13/12/2017
11:23 MYT
Seremban jadi bandar raya tahun depan - MB
Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.
Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.
"Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.
"Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.
Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir cukai pintu disemak ialah pada 2006.
"Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya. Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2018," katanya.
Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.
Status bandar raya itu diluluskan kerajaan persekutuan pada 2012.
Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.
Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bandar raya
#Majlis Bandaraya Seremban
#Majlis Perbandaran Nilai
#Majlis Perbandaran Seremban
#Menteri Besar Negeri Sembilan
#Mohamad Hasan
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan