awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai

Astro Arena
Astro Arena
19/11/2021
04:02 MYT
Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai
Peng dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya. - Astro ARENA
SERENA Williams berkata dia "sedih dan terkejut" dengan kes yang menimpa pemain tenis China, Peng Shuai, yang keberadaannya masih menjadi misteri dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Juara grand slam acara beregu, Peng, dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya dilakukan seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Dia membuat satu hantaran dalam laman sosial China, Weibo, mendakwa Zhang Gaoli -- bekas naib perdana menteri negara itu -- telah memaksanya untuk mengadakan hubungan seksual.
BACA: Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
Pengerusi Persatuan Tenis Wanita (WTA), Steve Simon, sebelum ini mempersoalkan mengenai satu email yang diterimanya daripada media China, yang didakwa ditulis oleh Peng dengan memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan sedang berehat di rumahnya.
BACA: Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai
Kini, juara 23 kali kejohanan grand slam, Williams, turut menyuarakan kebimbangannya mengenai nasib rakan pemain tenisnya itu.
"Saya amat sedih dan terkejut untuk mendengar mengenai rakan saya, Peng Shuai," tulis Williams dalam satu kenyataan.
"Saya harap dia berada dalam keadaan selamat dan akan ditemui secepat mungkin.
"Perkara ini perlu disiasat dan kita tidak boleh berdiam diri."
Bekas pemain nombor satu dunia itu turut berkata bahawa dia mengirimkan kasih sayangnya buat keluarga Peng dalam melalui waktu sukar ini sambil menambah tanda pagar #whereispengshuai (#dimanapengshuai).
Topic Berkaitan
#Serena Williams
#Peng Shuai
#pemain tenis
#serangan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan