awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seringgit sebaldi, penduduk bantu bersih tumpahan minyak CPO di Kampung Air

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
10/03/2019
12:18 MYT
Seringgit sebaldi, penduduk bantu bersih tumpahan minyak CPO di Kampung Air
Penduduk kampung tidak mengira faktor umur dan jantina, masing-masing berlumba-lumba membersihkan tumpahan terbabit. - Foto Astro AWANI
Kejadian tumpahan minyak sawit mentah (CPO) di Kampung Air di sini, membawa rezeki kepada sesetengah penduduk apabila mereka dibayar untuk membantu membersihkan tumpahan minyak berkenaan.
Difahamkan, setiap seorang daripada mereka dibayar sebanyak RM1 sebaldi oleh pihak kilang.
Menurut seorang penduduk yang turut serta membantu membersihkan tumpahan itu, Abdullah Awang Abdul Wahid, 53, dia melakukan pekerjaan itu demi melihat kampung mereka tidak dicemari tumpahan terbabit.
"Selepas kami berbincang dengan pihak kilang, mereka setuju membayar dengan harga berkenaan kepada kami.
"Kami sudah membantu kerja pembersihan sejak petang Sabtu lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Air, pada Ahad.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI ke lokasi berkenaan mendapati, penduduk kampung tidak mengira faktor umur dan jantina, masing-masing berlumba-lumba membersihkan tumpahan terbabit.
Mereka memerangkap minyak itu sebelum mengalihnya ke dalam baldi lalu diangkat ke darat.
Suasana di situ bagaikan pesta dan penduduk kampung dilihat gembira kerana bakal menerima bayaran atas bantuan mereka.
Terdahulu, pada Sabtu, dianggarkan sejumlah dua hingga lima tan metrik CPO dilaporkan tumpah dari sebuah kilang memproses CPO lalu mengalir ke kampung tersebut.
Kerja pembersihan kemudiannya dijalankan oleh pihak kilang bersama penduduk kampung.
Topic Berkaitan
#CPO
#kampung air
#Kota Kinabalu
#minyak
#Sabah
#Sandakan
#tumpahan minyak sawit mentah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan