awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan disyaki milik MH370 akan dianalisis di Tanzania

Agensi
Agensi
01/07/2016
15:07 MYT
Serpihan disyaki milik MH370 akan dianalisis di Tanzania
Serpihan akan dibawa ke Dar es Salaam pada Isnin sementara kita menunggu pakar-pakar dari Malaysia untuk siasat.
Serpihan pesawat yang dijumpai di Zanzibar, Tanzania telah dibawa kepada pihak berkuasa pada Jumaat untuk dianalisis bagi menentukan sama ada ia adalah daripada pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor AFP.
Nelayan yang menemukan serpihan yang disyaki sayap pesawat itu walau bagaimanapun enggan menyerahkannya sehingga mereka dibayar lebih kurang AS$909 (kira-kira RM3,620) sebagai ganjaran oleh pegawai penerbangan.
“Serpihan akan dibawa ke Dar es Salaam pada Isnin sementara kita menunggu pakar-pakar dari Malaysia untuk menyiasat sama ada ia daripada pesawat yang hilang itu,” kata Valley Chamulungu daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Tanzania.
Pesawat MH370 hilang pada Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat itu masih belum ditemukan namun serpihan yang telah disahkan atau disyaki daripada pesawat malang itu telah dijumpai di kawasan Lautan Hindi, termasuk di Pulau Reunion, Madagascar, Mozambique dan Afrika Selatan.
Topic Berkaitan
#MH370
#serpihan pesawat
#Zanzibar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan