Pemandu yang mesra dan selesa, itu adalah antara beberapa faktor mengapa ramai memilih perkhidmatan yang diberikan oleh Uber, walaupun perkhidmatan tersebut tidak mempunyai permit pengangkutan awam.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata pemandu teksi di negara ini boleh mencontohi kualiti perkhidmatan yang diamalkan Uber sebagai keutamaan kepada pelanggan.
"Perkhidmatan Uber harus menjadi pembuka mata bagi pemandu teksi. Dengan perkhidmatan Uber, mereka mempunyai kereta yang menunggu mereka, pemandu yang ramah dan mungkin ada air mineral untuk mereka di dalam kereta serta lebih selesa. Penumpang sukakan begitu.
"Masalah dengan beberapa pemandu teksi kita adalah menoleh kepada penumpang pun tidak. Kita perlukan wang mereka, tak salah jika tunjukkan keramahan kita" katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Aslah berkata beliau ada menerima beberapa aduan oleh pemandu teksi. Salah satu aduan yang dibuat adalah perkhidmatan Uber telah menyebabkan bahawa mereka tidak dapat ‘cari makan’.
Beliau juga berkata usaha dan perubahan sikap akan menghasilkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik oleh pemandu teksi di negara ini.
"Ada yang bertanya kepada penumpang di mana mereka pergi dan berapa banyak mereka sanggup membayar. Ada yang menolak penumpang kerana kesesakan lalu lintas. Tetapi jika mereka melakukan kerja mereka, ambil penumpang dan menyediakan perkhidmatan yang baik, maka mereka dapat memperoleh jumlah wang yang baik.
"Jika mereka tidak menolak penumpang, mereka boleh memperolehi sekurang-kurangnya RM100 sehari selepas membayar bayaran harian sebanyak RM40 hingga RM50 kepada syarikat teksi," katanya.
Aslah juga mengakui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) di Malaysia.
Walaupun banyak bilangan pemandu teksi di negara ini, namun Aslah berkata kebanyakannya tidak profesional dalam tugas mereka.
"Beberapa pemandu teksi kami di sini adalah seperti 'Touch' n Go. Jika tiada pekerjaan, maka mereka membuat keputusan untuk menjadi pemandu teksi. Ada sesetengah orang pula, memandu teksi adalah kerja part time" kata Aslah.
Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Uber di negara ini, Aslah berkata tiada keraguan untuk perkhidmatan tersebut beroperasi di Malaysia dengan syarat pihak Uber mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Uber menggunakan kereta persendirian yang mungkin tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai pengangkutan awam dan pemandunya tidak mempunyai lesen memandu PSV. Ini adalah satu kebimbangan, terutamanya dari segi keselamatan sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya," terang Aslah.
Kebimbangan lain Aslah adalah ke atas tambang Uber yang tidak mematuhi struktur tambang teksi yang diluluskan oleh SPAD.
Sementara itu, Astro AWANI menghubungi seorang pemandu teksi dan bekas usahawan, Suresh, yang menggariskan mengapa pemandu teksi terjejas dengan perkhidmatan yang diberikan Uber.
"Syarikat itu mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi kerana perkhidmatannya yang murah berbanding teksi bajet yang perlu membayar deposit dan sewa serta tiada tanpa pendapatan tetap.
"Kedua, Uber menawarkan pasaran khusus dengan harga yang kompetitif yang boleh memberi kesan kepada teksi bajet” komen Suresh.
Tambah Suresh lagi, kadar tambang yang berbeza antara dua perkhidmatan itu juga merupakan isu utama.
"Bagi teksi bajet, tambang yang ditetapkan oleh kerajaan perlu diikuti. Manakala Uber, tambang ditetapkan oleh syarikat dan mereka juga dapat memanipulasi harga yang mereka suka. Sebagai contoh, jika anda mahu ke KLCC dari Bangsar selepas tengah malam, sebuah teksi eksekutif seperti Naza Citra, anda perlu membayar lebih daripada RM22.
"Manakala perkhidmatan teksi Uber untuk perjalanan yang sama menggunakan kereta Mercedes. Ia adalah lebih selesa dan anda tidak perlu bertanya harga kepada pemandu (kerana bayaran akan dibuat melalui kad kredit sebelum menggunakan perkhidmatan), dan bayaran yang dikenakan hanya RM18.
"Sudah tentu, sebagai pengguna, ini adalah perkara yang baik kerana pengguna mendapat perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang rendah" kata Suresh panjang lebar.
Baru-baru ini, mahkamah serantau Jerman telah mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang.
Bagaimanapun, jurucakap syarikat yang berpangkalan di Frankfurt itu berkata, Uber akan meneruskan operasinya walaupun injunksi itu.
Syarikat itu juga memberi maklumbalas dalam satu kenyataan bahawa pihaknya merancang untuk merayu keputusan mahkamah tersebut.
Syafique Shuib, Izza Izelan
Fri Sep 05 2014
PRESIDEN PERPEKLI: Perkhidmatan Uber harus menjadi pembuka mata bagi pemandu teksi - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.
Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Pemuda autistik ditemui selamat oleh pemandu teksi
Pemuda itu ditemukan kira-kira jam 9 malam oleh seorang pemandu teksi sejauh kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang.
Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati
Sistem perundangan Jepun menetapkan hukuman berat bagi penderaan haiwan.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.
Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Mahkamah Rayuan kekal 10 tahun penjara pemandu teksi seludup warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman 10 tahun penjara ke atas seorang pemandu teksi yang mengaku bersalah menyeludup 24 imigran warga Indonesia.
Bajet 2023: Apa yang pengguna pengangkutan awam inginkan?
Pastikan laluan pejalan kaki dan laluan menuju ke stesen pengangkutan awam diterangi cahaya, dilindungi dan dipantau sepanjang masa.