awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
Badan Tenis Kenya akui silap beri 'wildcard' kepada pemain 'debutan terburuk' yang tular
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi Parlimen kali ini patut segerakan pindaan kuasa SPR - G. Manimaran

Israr Khalid
Israr Khalid
28/10/2021
01:30 MYT
Sesi Parlimen kali ini patut segerakan pindaan kuasa SPR - G. Manimaran
Sesi sidang Dewan Rakyat kali ini sepatutnya menjadi waktu meminda akta berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya ia lebih berupaya mengawal selia hal-hal berkaitan proses demokrasi itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sesi sidang Dewan Rakyat kali ini sepatutnya menjadi waktu meminda akta berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya ia lebih berupaya mengawal selia hal-hal berkaitan proses demokrasi itu.
Tegas mantan ahli tetap ahli Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G. Manimaran ia juga perlu disegerakan memandangkan sudah masuk musim pilihan raya terutamanya menuju PRU 15 dalam tempoh kurang lebih dua tahun dari sekarang.
“Selepas kita darurat Parlimen digantung, tempoh itu patutnya dibuat kajian lanjut (tentang pemindaan kuasa SPR) dan sidang kali ini sepatutnya sudah dibuat pindaan-pindaan tersebut untuk mereka ke depan.”
Katanya, kekurangan bidang kuasa SPR khususnya dalam aspek penguatkuasaan peraturan dan undang-undangnya telah membataskan badan itu untuk membuat sebarang ketetapan yang diperlukan.
Antaranya berkenaan had dan larangan dalam aktiviti kempen bagi pilihan raya ketika waktu pandemik memasuki fasa endemik ini, di Melaka yang bermula dengan penamaan calon pada 8 November ini.
Ujar Manimaran, sebenarnya masih ada ruang untuk membolehkan aktiviti kempen dibuat, namun SPR ketika ini tidak mempunyai kuasa menentukan itu memandangkan hal kesihatan masih tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Risiko itu wujud, kebimbangan itu wujud, tapi kalau tak boleh buat 1,000 orang punya perhimpunan kita benarkahlah dalam 50 ke 60 orang.
“SOP kita kekalkan, sepertimana kita pergi ke restoran untuk makan. Kita kena kreatif.
“Kita tak boleh salahkan SPR, tak wajar kerana mereka bertindak dalam lingkungan tersebut, tapi mereka patut diberi kuasa dan bersifat lebih relevan.”
Manimaran yang juga sebagai penulis buku berjudul ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia’ yang baru diterbitkan menjadi tetamu program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar pada Rabu.
Tonton di sini:
Sesi Parlimen kali ini patut segerakan pindaan kuasa SPR - Dr. G . Manimaran
Agenda AWANI: SOP PRN | Parti politik pening?
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Melaka Memilih
#SPR
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan