KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan setiap tahun akan kembali kepada Januari hingga Disember, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Sejak 2022, kalendar akademik negara ini terpaksa diubah bermula Mac susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Kah Woh berkata, kerajaan sudah memulakan usaha menyusun dan mengawal Kalender Akademik Persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.
"Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.
"Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021.
"Peraturan itu menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang bertanya sama ada KPM berhasrat untuk mengembalikan semula kalender persekolahan kepada asal, iaitu Januari hingga Disember.
Kah Woh menambah, seperti penyediaan kalendar akademik tahun-tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti kesatuan/persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah.
Sesi libat urus itu katanya, adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan.
"Pada masa sama, KPM juga akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.
"Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Mon Mar 18 2024

Wong Kah Woh berkata, kerajaan sudah memulakan usaha menyusun dan mengawal Kalender Akademik Persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februaru 2025. - Foto Japen

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia Airlines, Manchester United Cipta Motif Baharu
Malaysia Airlines Memperkenalkan Beberapa Ciri Menarik Bagi Meningkatkan Lagi Kehadiran Jenama Itu Di Peringkat Global.
Pemandu rentung, kereta langgar pembahagi jalan
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, Kedah, pada Jumaat.
Hospital Miri laksana pembedahan derma organ pertama tahun ini
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Terus lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus jadi suara lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat negeri Sarawak, hari ini

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

41 muzium laksana IPIM untuk pembelajaran interaktif sejarah, budaya
Program itu memberi peluang kepada pelajar untuk memahami serta menghayati warisan sejarah dan kepelbagaian budaya.

KPM sasar semua sekolah dilengkapi 'smartboard' menjelang 2027 - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menyasarkan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan papan pintar atau smartboard menjelang 2027.

Tolak stigma, tuntut keadilan: Seruan tindakan segera untuk pendidikan seksualiti komprehensif
Terdapat keperluan yang mendesak pastikan akses pendidikan terhadap kepada hak kesihatan seksual dan reproduktif (SRHR) yang menyeluruh.

Keputusan SPM 2024 diumum pada 24 April - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada Khamis, 24 April ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar - Fadhlina
Kementerian Pendidikan tegas menangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar di semua institusi pendidikan.

KPM beri jamin siasatan telus kes pelajar SSTMI lemas
Kementerian Pendidikan beri jaminan siasatan secara telus dilakukan susulan seorang pelajar lelaki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Johor yang meninggal dunia akibat lemas.

SMK Lahat terbakar, JKR sedia bantu nilai tahap keselamatan struktur bangunan - Nanta
JKR bersedia memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian Pendidikan bagi menilai tahap keselamatan struktur bangunan SMK Lahat, Perak.

KPM santuni pesara guru, pelajar dalam Ziarah MADANI
Sebanyak 330 penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Kementerian Pendidikan (KPM) menyertai Program Rides Ziarah KPM Bikerz MADANI di sini hari ini.

Isu lagu Negaraku: Pempengaruh media sosial disiasat MCMC
Menurut MCMC, salah seorang daripada suspek merupakan pempengaruh media sosial dan juga aktivis politik.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang bantu semai kecintaan pada negara
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar dapat membantu menyemai kecintaan terhadap negara sejak di bangku sekolah.