awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi prasekolah tetap diteruskan - Dr Mah

Aida Aziz
Aida Aziz
23/06/2020
02:02 MYT
Sesi prasekolah tetap diteruskan - Dr Mah
Dr Mah (dua, kiri) berkata perkara itu penting bagi ibu bapa yang sudah mula bekerja dan perlu menghantar anak-anak mereka ke prasekolah. - facebook@Dr. Mah Hang Soon
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap akan meneruskan sesi prasekolah yang dijadual bermula 1 Julai ini meskipun terdapat gesaan penangguhan berhubung perkara itu.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata perkara itu penting bagi ibu bapa yang sudah mula bekerja dan perlu menghantar anak-anak mereka ke prasekolah.
"Kita kena tahu bahawa ibu bapa yang kerja memang memerlukan anaknya dihantar ke prasekolah, ia perlu diteruskan (sesi prasekolah).
"Kalau ada prasekolah yang menghadapi sebarang masalah, nanti kita akan cuba selesaikan.
"Persiapan telah dibuat dan kita kena ambil maklum bahawa bila ada keperluan dan kelulusan maka kita teruskan," katanya.
Dr Mah berkata kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja persiapan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh pada Isnin.
Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Isnin yang menggesa KPM menangguhkan sesi prasekolah yang dijadual bermula 1 Julai ini.
NUTP minta pembukaan prasekolah, tadika ditangguhkan
Menurut kenyataan itu, Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya mengenal pasti banyak masalah akan timbul membabitkan pengurusan dan infratruktur di sekolah berkenaan.
Katanya, selain kawasan pembelajaran yang terhad, keperluan pembantu guru yang tidak mencukupi akan menjejaskan aktiviti pembelajaran dalam kelas.
Kerajaan sebelum ini membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini serta tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Aminuddin Awang
#gesaan penangguhan
#Kementerian Pendidikan
#Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
#KPM
#Mah Hang Soon
#NUTP
#sesi prasekolah
#tadika
#Taman Didikan Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan