USAHAWAN bilionair dan ketua Tesla Inc, Elon Musk pada Khamis menawarkan hadiah bernilai AS$100 juta (RM400 juta) bagi sesiapa yang membangunkan teknologi terbaik untuk memerangkap pengeluaran karbon dioksida.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitternya.
Usaha mengawal dan memerangkap pengeluaran karbon yang memanaskan plannet Bumi kini menjadi perancangan kritikal dalam agenda menangani perubahan iklim.
Bagaimanapun, tidak banyak kemajuan yang dicapai menerusi teknologi buat masa ini, iaitu tumpuan hanya diberikan untuk mengurangkan pengeluaran karbon berbanding melenyapkan unsur bahaya itu dari udara.
Reuters melaporkan, Agensi Tenaga Antarabangsa pada tahun lalu memberitahu keperluan menghasilkan teknologi memerangkap karbon perlu disegerakan jika mahu mencapai paras pengeluaran sifar karbon.
“Saya akan mendermakan AS$100 juta kepada teknologi terbaik dalam memerangkap karbon. Perinciannya minggu depan,” kata Musk dalam ciapan Twitternya.
Para pegawai Tesla bagaimanapun belum memberi maklum balas lanjut tentang pemberitahuan itu.
Musk, yang dahulunya merupakan pengasas bersama syarikat pembayaran internet PayPal Holdings Inc, kini memimpin beberapa syarikat teknologi masa depan di seluruh dunia.
Selain Tesla, Musk mengetuai syarikat roket SpaceX dan Neuralink, yang membangunkan antaramuka jentera otak jalur lebar ultra tinggi untuk menghubungkan manusia dengan komputer.
Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden, telah berikrar untuk mempercepat pembangunan teknologi memerangkap karbon sebagai sebahagian daripada usahanya mengendali perubahan iklim.
Pada Khamis, Biden menamakan Jennifer Wilcox, seorang pakar teknologi pengawalan karbon, sebagai pembantu Timbalan Setiausaha bagi tenaga fosil di Jabatan Tenaga AS.
Agensi
Fri Jan 22 2021

Musk mahu mendermakan AS$100 juta pada pihak yang berjaya muncul dengan teknologi memerangkap karbon. - Reuters

Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.

Terima jemputan Raja Salman, Muhyiddin bakal adakan lawatan ke Arab Saudi
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan delegasi dari PMO dan Wisma Putra

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

SpaceX berjaya lancar satelit Starlink ke orbit
Pelancaran satelit menggunakan roket dikenali sebagai Space X Falcon 9 itu berlaku di Cape Canaveral di Florida.

Jeff Bezos rampas kembali status individu terkaya di dunia dari Elon Musk
Jeff Bezos merampas semula 'takhta' sebagai individu terkaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk hampir enam minggu.

SpaceX lancar misi satelit Starlink ke-18
Elon Musk bercadang untuk melancarkan beribu-ribu satelit jenis panel flat kompak ini dalam usaha menambah baik perkhidmatan internet global.

Sesiapa hasilkan teknologi terbaik kawal karbon, Elon Musk tawarkan hadiah AS$100 juta
Usaha mengawal dan memerangkap pengeluaran karbon kini menjadi perancangan kritikal dalam agenda menangani perubahan iklim.

Terma baharu WhatsApp: Pengguna baharu Signal dan Telegram meningkat mendadak
Bilangan pengguna baharu Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak selepas aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Guna Signal' - Elon Musk minta orang ramai waspada terma baharu WhatsApp
Aplikasi yang menggunakan tagline say hello to privacy' itu dijangka menjadi pesaing kepada aplikasi WhatsApp.

Elon Musk muncul individu terkaya dunia
Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jokowi pelawa Elon Musk tinjau potensi tapak pelancaran SpaceX di Indonesia
Musk berhasrat menghantar sebuah pasukan ke Indonesia pada Januari depan untuk mengkaji peluang kerjasama berkenaan.