awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM laksana lebih 800 operasi menyelamat, pindah mangsa banjir

Bernama
Bernama
07/01/2026
01:20 MYT
JBPM laksana lebih 800 operasi menyelamat, pindah mangsa banjir
Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut iaitu dari 13 Nov hingga semalam, JBPM menerima sebanyak 873 panggilan kecemasan daripada orang awam yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan. - Gambar fail Bernama
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 898 operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 Nov hingga semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai 4,747 mangsa yang dipindahkan atau diselamatkan menerusi operasi di air, darat dan udara.
Selain itu, beliau berkata, dalam tempoh sama, JBPM turut melaksanakan sebanyak 8,174 operasi atau kerja pemantauan di semua lokasi termasuk pantai, sungai dan kawasan banjir bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
"Sepanjang tempoh MTL iaitu dari 13 Nov hingga semalam, JBPM menerima sebanyak 873 panggilan kecemasan daripada orang awam yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan.
"Bagi negeri yang tidak mempunyai Pasukan Gerak Cepat (PGC) seperti Kelantan dan Perlis, JBPM telah menghantar pasukan bantuan dari Kuala Lumpur, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Selangor, Kedah serta Pulau Pinang," katanya pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni (PERISMA) 2026 di Pejabat JBPM Terengganu, di sini, petang semalam.
Turut hadir, Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhamad.
Pada program itu, Ahmad Izram menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 16 anggota bomba yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, sebanyak enam kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti di air sehingga berakhirnya musim MTL.
"Tiga kes kematian berlaku di pantai, manakala selebihnya melibatkan sungai atau tali air (dua kes) serta air terjun (satu kes). Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti air sepanjang tempoh MTL yang masih belum berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#JBPM
#monsun timur laut
#operasi pemindahan
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan