TUMPAT: Seorang lelaki reda diuji menjaga isteri yang menghidap kanser lidah tahap empat selepas lebih setahun usia perkahwinan mereka.
Kini, selepas tiga tahun perkahwinan, Idhan Ibrahim, 31, setia menemani Fatihah Fauzi, 36, dan tidak dapat bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya.
Idhan dan isteri kini menumpang di rumah ibu mertuanya yang juga warga emas berusia 70-an di Kampung Kubang Batang dekat sini.
Berkongsi mengenai penyakit dialami Fatihah, kata Idhan, pada awalnya isterinya itu mengalami ulser biasa tetapi dalam tempoh lebih setahun tidak sembuh walaupun sudah mendapatkan rawatan.
"Keadaan lidahnya semakin teruk dan akhirnya disahkan menghidap kanser. Selepas beberapa sesi rawatan dan radioterapi, keadaan lidah Fatihah semakin baik.
"Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, doktor mengesahkan kanser itu mula merebak ke tulang belakang dan paru-paru serta dimaklumkan perlu menjalani enam sesi kemoterapi.
"Kami juga baru pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia selepas 'berkampung' lebih dua bulan," katanya.
Idhan memberitahu, dalam tempoh dua tahun, berat badan isterinya semakin menyusut iaitu dari 65 kilogram (kg) ke 30kg sahaja.
Jelasnya, Fatihah juga sudah lebih setahun tidak menikmati hidangan nasi kerana sakit di bahagian mulut dan tekak.
"Isteri saya juga tidak lagi boleh berjalan dan hanya mampu minum susu enam kali sehari," katanya.
Tambahnya, keadaan Fatihah yang hanya terlantar juga memang memerlukan penggunaan lampin pakai buang dan kos kedua-dua keperluan itu juga tinggi.
Orang ramai yang mahu membantu mengurangkan beban pasangan suami isteri itu boleh menghubungi Idham di talian 01116141617 atau terus menyumbang melalui CIMB di nombor akaun 7622957938 atas nama Idhan Ibrahim.
Fatihah sebelum itu menerima sumbangan katil elektik daripada pertubuhan bukan kerajaan Majlis Sangha negeri Kelantan berharga hampir RM3,000.
Pertubuhan itu menerima permohonan minggu lalu dan terus menghantarnya kepada Fatihah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 08 2024
Rutin harian Idhan memastikan Fatihah bersih dan sentiasa terurus. - Foto Sinar Harian
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Setia jaga isteri hidap kanser lidah
Selepas tiga tahun perkahwinan, Idhan setia menemani Fatihah dan tidak dapat bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.