KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Prof. Madya Sharifah Syahirah Syed Sheikh menyarankan setiap kementerian menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan membuat penilaian impak gerak kerja untuk mengukur pencapaian masing-masing.
Dengan itu, keberkesanan setiap pelan dan tindakan terhadap rakyat dan negara dapat dilihat dan dijadikan panduan untuk memastikan prestasi sesuatu kementerian itu berada pada tahap terbaik.
Tegasnya, ini masa untuk semua anggota Kabinet yang telah dilantik untuk membuktikan keupayaan mereka bekerja selepas dilantik sebagai perwakilan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari.
“Saya amat berharap semua menteri dan timbalannya termasuk semua pemimpin negara tunjukkan kepada rakyat, ketepikan sentimen kepartian dan pakailah topi kerajaan.
“Kalau boleh kita tak nak berlaku lagi tukar Perdana Menteri, tukar gabungan kerana ia sesuatu yang kurang baik untuk hala tuju negara,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Kata beliau, perkara yang paling penting ketika ini adalah bagaimana kerajaan memanfaatkan tempoh sepenggal yang akan datang dengan merencana dan memastikan segala yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana.
Maka perlunya ada penetapan jangka masa pendek, sederhana dan panjang supaya mudah diukur dan dinilai seperti dalam tempoh 100 hari, setahun dan lima tahun.
“Saya amat mengharapkan semua, terutamanya kementerian-kementerian untuk letakkan apa perkara yang telah dibuat, diselesaikan, berapa jumlah rakyat yang telah mendapat keuntungan daripada polisi dan juga gerak kerja yang dijalankan,” katanya.
Israr Khalid
Sat Dec 10 2022
SHARIFAH SYAHIRAH: Ini masa untuk anggota Kabinet buktikan keupayaan bekerja. - Foto fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pengenalan CPI dalam KPI memupuk ketelusan - Lam Thye
Ia akan mengalih fokus utama daripada membuat lebih banyak kerja kepada isu meraih kepercayaan orang awam dan tingkah laku beretika.
KKDW pantau KPI 100 syarikat, agensi - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian itu.
100 syarikat, agensi di bawah KKDW dipantau, akan tukar kepimpinan jika prestasi merosot - TPM
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang memantau petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sekurang-kurangnya 100 syarikat dan anak syarikatnya.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas
Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang warga emas.
GV10: 'Dia keluar seorang, control satu pentas' - Ramli MS jawab jadikan Naqiu sebagai KPI
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.
KPT letakkan KPI bagi universiti yang bekerjasama dengan TDA
KPI berkenaan bertujuan memastikan kementerian mengetahui hasil penyelidikan universiti sebelum ia dikembangkan secara menyeluruh.
SAMB perlu RM700 juta ganti lebih 1,000 kilometer paip usang
Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) memerlukan kira-kira RM700 juta bagi melaksanakan penggantian paip usang sepanjang kira-kira 1,170 kilometer di negeri itu.
Melaka tetapkan KPI tahap kebersihan
Kerajaan Negeri Melaka akan menetapkan KPI kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri.
Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.
Isu kerakyatan: Kerajaan tidak akan kompromi, tergesa-gesa capai KPI - Saifuddin
Kerajaan tidak akan berkompromi atau tergesa-gesa memberi status kewarganegaraan kepada mana-mana pihak semata-mata mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjelang hujung tahun ini.