awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel

Amanz
Amanz
09/02/2024
03:10 MYT
Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel
Setiap pingat emas, perak dan gangsa Olimpik Paris mempunyai panel heksagon yang diperbuat daripada cebisan logam Menara Eiffel. - Foto Amanz
PINGAT Sukan Olimpik Paris diperlihatkan semalam dengan satu elemen yang cukup unik.
Setiap pingat emas, perak dan gangsa Olimpik Paris mempunyai panel heksagon yang diperbuat daripada cebisan logam Menara Eiffel.
Sebanyak 5,084 pingat akan ditawarkan pada temasya sukan yang akan berlangsung untuk kali ketiga di Paris antara 26 Julai dan 11 Ogos depan.
Acara tahun ini jatuh pada genap 100 tahun selepas Paris menjadi tuan rumah pada 1924, dengan ia juga menjadi tuan rumah pada tahun 1900.
Keputusan meletakkan logam Menara Efifel pada pingat diambil oleh urusetia acara bagi menawarkan keunikan yang hanya boleh ditawarkan oleh Paris.
Pada acara Olimpik Tokyo 2020, kesemua pingat dihasilkan menggunakan sisa elektronik yang dikitar semula.
Besi dari galang Menara Eiffel yang diganti bagi tujuan penyelenggaraan telah digunakan pada pingat-pingat ini.
Sejak Olimpik dianjurkan semula pada 1896, sebanyak 36,600 pingat telah diberikan kepada pemenang.
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris
#pingat
#Menara Eiffel
#cebisan logam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan