Anggota UMNO perlu melihat segala masalah dan krisis yang melanda parti itu secara positif kerana ia bukanlah perkara asing kepada UMNO sejak ia ditubuhkan pada 1946.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sejak dahulu lagi, UMNO sudah menghadapi pelbagai ujian dan krisis, namun ia sedikit pun tidak menghalang UMNO untuk terus kekal sebagai parti utama dalam kerajaan hari ini.
"UMNO melalui pelbagai ujian dan cabaran sejak ditubuhkan pada 1946 sehinggalah ke hari ini, namun setiap kali kita diuji, kita boleh lihat pada masa itulah kita kekal bersatu, itulah hikmah kepada UMNO," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di sini hari ini.
BACA: Ada 'orang dalam' mahu guling kerajaan - Ahmad Zahid
BACA: Anggota akar umbi UMNO perlu berani suarakan pendapat - Khairy
BACA: 'Dana RM2.6 bilion, 1MDB bukan lagi isu remeh' - Muhyiddin
Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata UMNO hari ini menjadi kuat kerana telah banyak menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar malah dalam parti itu sendiri.
Katanya anggota UMNO perlu lebih kuat dan bersemangat serta menjadikan segala krisis dan ujian sebagai panduan untuk terus mara ke hadapan sejajar dengan asas perjuangan parti untuk membela bangsa dan agama.
Beliau berkata anggota UMNO sebenarnya menjadi lebih kuat setiap kali mereka berhadapan sesuatu krisis dan ia terbukti dalam senario politik di Terengganu dan Perak yang pernah jatuh kepada parti pembangkang.
Zambry berkata ketika dua negeri itu ditadbir oleh pembangkang, UMNO dan bangsa Melayu kembali bangkit bersatu.
"Terengganu dan Perak boleh saya kata senasib, kita pernah kalah, Terengganu pada 1999 dan Perak 2004...bila kita kalah kita bangkit semula hari ini," katanya.
Beliau berkata slogan 'Gelombang Biru' yang bermula di Terengganu perlu dibangkitkan semula sebagaimana semangat itu pernah melanda seluruh negara pada Pilihan Raya Umum 2004.
"Saya yakin apa yang berlaku kepada UMNO hari ini adalah ujian dan takdir daripada Allah kepada kita," katanya.
Bernama
Sat Aug 15 2015
ZAMBRY: UMNO hari ini menjadi kuat kerana telah banyak menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar malah dalam parti itu sendiri. - Gambar Fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.