awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Kewangan Sarawak dilantik Ahli Lembaga Pengarah LHDN

Azizah Alwi
Azizah Alwi
20/01/2023
10:32 MYT
Setiausaha Kewangan Sarawak dilantik Ahli Lembaga Pengarah LHDN
Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar memperoleh Ijazah Kedoktoran daripada UNIMAS dalam bidang Pengajian Perniagaan. - Foto Sarawak Business Event Comittee
KUCHING: Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuatkuasa serta merta
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim selepas meneliti dan mengambil kira permohonan kerajaan Sarawak berhubung perkara berkenaan.
Jelas Anwar lantikan itu bukan sahaja dibuat bagi memenuhi permintaan kerajaan Sarawak tetapi turut bersandarkan kepada profesionalisme dan pengalaman.
“Lembaga hasil (LHDN) adalah satu lembaga yang cukup penting.
“Syarat pengalaman dan tentunya Setiausaha Kewangan Sarawak itu punya kelayakan kedua-dua perkembangan tersebut dan ini akan membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan MA63 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.
Sebelum Ini, Timbalan Menteri Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata pelantikan Wan Lizozman itu bagi memastikan kerajaan negeri mengetahui kedudukan kewangan negara selain berperanaan membantu rundingan mengenai pemberian khas bawah Perkara 112D.
Wan Lizozman pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kewangan Negeri.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Syarikat kepada beberapa Badan Berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan di Sarawak merupakan lulusan Sains Ekonomi dan Sains Politik daripada Universiti of Northern Illinois Amerika Syarikat serta memperoleh sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa (Pembangunan Ekonomi) daripada School of International and Public Affairs, Columbia University, New York.
Pada 2014, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran daripada UNIMAS dalam bidang Pengajian Perniagaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#LHDN
#Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan