BALIK PULAU: Seorang lelaki yang memang dikehendaki polis berhubung kes penipuan tawaran perkhidmatan import dan eksport 26,400 kilogram kaki ayam sejuk beku bernilai RM207,832.23 ditahan semalam bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 48 tahun yang merupakan setiausaha sebuah syarikat itu, ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.
"Lelaki itu ditahan ketika hadir menyerah diri kira-kira 12.20 tengah malam semalam dan sebelum ini memang dikehendaki polis, bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan import dan eksport kaki ayam sejuk beku tersebut.
"Polis kini sedang mengesan beberapa lagi individu dan saksi lain bagi membantu siasatan kes tersebut, kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 24 Mei lepas, polis menahan seorang pengarah syarikat dan rakannya bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan tawaran perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku membabitkan kerugian RM207,832.23.
Dua lelaki berusia 46 dan 60 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Fokus Minggu Depan: PRK Pelangai | Strategi perpaduan, cabaran perikatan
Tempoh berkempen bagai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula. Ikuti kupasan bagi memahami strategi jentera Kerajaan Perpaduan dan cabaran yang dihadapi Perikatan Nasional untuk menambat hati pengundi bersama Felo Kursi Institusi Raja Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis.

Masalah tangani media sosial tidak harus jadi alasan bendung hak media - Kumpulan wartawan & pemimpin media
Kumpulan wartawan dan pemimpin media memandang serius tindakan SKMM sejak kebelakangan ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.
Fokus Minggu Depan: Debaran All Star Gegar Vaganza
Laporan langsung menjelang All Star Gegar Vaganza bersama Wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Pusat multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin
Farm Fresh Bhd rancang membuka 10 pusat multidimensi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada murid kurang bernasib baik.

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.

Pesara kerajaan rugi lebih RM4.4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto
Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

SC diminta percepat proses siasatan kes penipuan libat kerugian RM1 bilion
MHO memohon SC mempercepatkan siasatan berhubung kes penipuan beberapa syarikat melibatkan kerugian dipercayai hampir RM1 bilion, memandangkan aduan mengenainya telah dibuat sejak April lepas.

Kerugian angkara 'scammer' mampu cecah RM1.2 bilion tahun ini
Kerugian akibat kes penipuan atau 'scammer' diunjurkan mampu mencecah hingga RM1.2 bilion pada hujung tahun ini jika kesedaran dalam kalangan orang awam berkaitan jenayah itu masih kurang.

Dua wanita didakwa perdaya pelaburan ujian COVID-19
Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki untuk menyertai pelaburan ujian COVID-19.

Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.

Wanita rugi lebih RM132,000 terperdaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terperdaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

Thailand rekod 218,210 kes penipuan babitkan kerugian 31.58 bilion baht
Dari 1 Mac tahun lalu hingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 218,210 aduan mengenai penipuan telah difailkan.

Peguam ditahan disyaki tipu pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta
Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah bernilai RM927,340.

Wanita ditahan tipu tawar perkhidmatan dekorasi gubahan belon
Penahanan suspek berusia lingkungan 30-an itu dilakukan di sebuah kondominium di Kerinchi, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 pagi.