awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sewa tanah pertanian Cameron Highlands RM4,500 seekar setahun

Bernama
Bernama
19/11/2020
08:41 MYT
Sewa tanah pertanian Cameron Highlands RM4,500 seekar setahun
Seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar) dengan tempoh pajakan selama 10 tahun. - Gambar fail
KUANTAN:Pahang Corporation Sdn Bhd menetapkan kadar sewaan tanah pertanian sebanyak RM4,500 seekar (0.4 hektar) setahun kepada pekebun di Cameron Highlands, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Beliau berkata seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar) dengan tempoh pajakan selama 10 tahun dan proses pengurusan pemberian sewa, secara keseluruhannya akan melibatkan empat fasa.
Katanya, jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah 1,155 hektar, dan setakat ini, dua fasa telah selesai melibatkan mukim Ulu Telom dengan keluasan 749 hektar, Ringlet (89 hektar) dan Tanah Rata (lima hektar).
"Tanah yang terlibat ialah tanah yang dipajak oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands kepada Pahang Corporation, selaku pengurus hartanah. Petani yang berminat perlu melalui proses saringan jawatankuasa Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
"Tawaran sewaan tanah ini sebahagiannya diberikan kepada pekebun yang mendapat Lesen Pendudukan Sementara sebelum ini. Pemilihan pekebun bagi tawaran fasa ketiga dan keempat akan diteliti supaya mereka juga dapat memenuhi terma ditetapkan," katanya.
Mohd Soffi berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab pertanyaan Chiong Yoke Kong (PH-Tanah Rata) yang ingin tahu jumlah tawaran dan kadar sewaan yang diagihkan kepada pekebun di kawasan tanah tinggi tersebut.
Menjelas lanjut, Mohd Soffi berkata kerajaan negeri menganggarkan sewaan tanah ini akan memberi pulangan hasil sebanyak RM4 juta pada tahun ini, manakala untuk tahun hadapan ialah sebanyak RM5.7 juta apabila semua tanah terlibat selesai disewakan.
"Kutipan hasil akan dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan daerah. Kita meletakkan terma tertentu dalam meluluskan pajakan tanah dengan aspek alam sekitar menjadi fokus utama supaya diseimbangkan dengan aspek pembangunan.
"Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan yang komprehensif dengan sasaran pembangun mampan menjadi rujukan dalam perancangan pembangunan agar Cameron Highlands dapat dijadikan pusat pertumbuhan yang seimbang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#pemilihan
#Pahang
#kerajaan
#tanah pertanian
#kadar sewaan tanah
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan