Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mengumumkan bahawa kos pakej jalur lebar asas akan menunjukkan pengurangan yang ketara.
"Pengurangan harga pakej jalur lebar asas adalah untuk kedua-dua perkhidmatan mudah alih dan tetap," kata Shabery selepas mesyuarat mingguan Kabinet.
Menurut Menteri, pakej mudah alih akan ditawarkan pada harga RM25. Pengguna yang melanggan pakej ini akan menikmati data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G-HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.
Pengurangan ini dianggarkan 14% lebih rendah daripada harga semasa.
Bagi perkhidmatan tetap, Telekom Malaysia (TM) tidak lama lagi akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB.
Harga terbaharu ini adalah 57% lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.
"Pengurangan ini sangat positif bagi pengguna dan saya mengucapkan terima kasih kepada pembekal komunikasi kerana memperkenal pakej yang berbaloi dengan harga.
"Adalah penting untuk semua pihak turut serta dalam arus perdana digital dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan internet," kata Shabery.
Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM memuji langkah Kerajaan untuk memacu penggunaan jalur lebar melalui pakej jalur lebar yang mampu dimiliki.
"Sebagai peneraju usaha ke arah penumpuan industri di negara ini (Malaysia’s Convergence Champion), kami terus komited dalam peranan untuk menyediakan akses internet jalur lebar untuk semua rakyat Malaysia.
"Kami sudah mempunyai pelbagai pakej mampu milik yang paling komprehensif untuk semua segmen pelanggan di seluruh negara, dan kami akan terus meneroka peluang-peluang lain untuk memberi tawaran nilai tambah.
"Ini selari dengan aspirasi kami untuk merealisasikan gaya hidup digital bersepadu dengan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan serba lancar melangkaui teknologi, produk, perkhidmatan dan peranti; bertepatan dengan moto kami - "Kehidupan dan Perniagaan Dipermudah."
“TIME berbesar hati menyokong inisiatif ini dan akan menawarkan pakej RM38 seumpamanya untuk perkhidmatan jalur lebar tetap,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCOM, Afzal Abdul Rahim.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly, menyatakan sokongannya terhadap Menteri untuk memastikan rakyat lebih terhubung.
"Kami menyahut saranan Menteri untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar untuk menggalakkan penggunaan internet yang lebih besar dalam kalangan masyarakat.
"Celcom komited ke arah memperjuangkan keperluan rakyat untuk mendapat akses kepada teknologi terkini dan memastikan bahawa rakyat terhubung dengan jalur lebar yang mampu dimiliki dan kelajuan internet yang pantas.
"Lanjutan daripada itu, pelanggan boleh menikmati pakej baharu dengan harga yang berpatutan dalam beberapa minggu yang akan datang dan terus menikmati pengalaman pelanggan yang terbaik yang ditawarkan oleh Celcom,” kata Shazalli.
Shabery juga menyatakan bahawa penghasilan jalur lebar yang mampu dimiliki untuk kedua-dua perkhidmatan mudah alih dan tetap akan membolehkan rakyat untuk berhubung dengan lebih mudah. Ini penting dalam usaha Malaysia membangun ke arah sebuah negara digital.
"Apabila dunia menjadi lebih digital, adalah penting bagi setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mengakses internet," kata Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty.
"Kami menyedari keperluan untuk rancangan tahap kemasukan yang betul bagi mempercepatkan penerimaan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
"Oleh itu, Digi menyokong seruan Menteri untuk akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan internet, dan komited untuk untuk menyampaikan janji kami iaitu 'Internet Untuk Semua' secara cepat yang berlandaskan prinsip yang sama iaitu akses yang berpatutan untuk jalur lebar dan perkhidmatan internet mudah alih. "
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal juga menambah pendapat dari sudut lain. "Kami menyedari bahawa jalur lebar tidak hanya diakses melalui PC dan telefon pintar pasca bayar, tetapi juga melalui prabayar. Kami gembira untuk menyokong Kementerian untuk menghasilkan produk jalur lebar yang mampu dimiliki," kata Morten.
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck juga mengulas bahawa sentimen U Mobile adalah selaras dengan kehendak Kementerian dan MCMC.
"Syarikat kami mengakui keperluan untuk merapatkan jurang digital dan menyediakan sambungan
Internet dan akses yang lebih baik kepada rakyat pada kadar yang berpatutan, kerana ia akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang," kata Wong.
Apabila ditanya mengenai rancangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, Shabery berkata MCMC dan Kementerian amat prihatin mengenai perkara ini.
Kualiti perkhidmatan adalah penting kerana negara ini sedang bergerak ke arah ekonomi yang berasaskan transaksi dan lebih ramai orang yang berurus niaga dengan Kerajaan dan perniagaan secara dalam talian.
Beliau menambah bahawa pelaburan yang konsisten dan mencukupi harus ada bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
"Purata global untuk intensiti modal adalah hampir 16%. Tahun lepas, industri telah mencapai lebih daripada 14% intensiti modal, di mana pencapaian ini amat memberangsangkan, dan mereka amat positif untuk melabur lebih lagi bagi mencapai atau mengatasi purata global dalam masa beberapa tahun lagi," kata Menteri.
Pakej jalur lebar asas mudah alih yang baharu ini boleh didapati dengan serta-merta manakala pakej jalur lebar oleh TM dijangka dikeluarkan pada pertengahan Jun 2015.
"Dengan pelaksanaan GST ke atas perkhidmatan komunikasi termasuk kad tambah nilai prabayar, pengurangan kos untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap pada 14% dan 57% akan mengimbangi GST yang berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi,” kata Shabery.
Bernama
Wed Apr 15 2015
Ahmad Shabery berkata, pelaburan yang konsisten dan mencukupi harus ada bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini
Karnival Komunikasi 2024 merupakan inisiatif bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan sebanyak RM3.9 bilion bagi meneruskan pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 2.
Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.
Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama
Mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.
Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi
Golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas kini boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.
Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar
Annuar berkata, secara strategiknya Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting.
Time tawar pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 2Gbps
Ia turut menawarkan produk Same Day Internet untuk memenuhi gaya hidup pantas pelanggan yang menggunakan internet di mana-mana sahaja pada masa ini.