Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan perdebatan diadakan dalam kalangan calon yang bertanding bagi pemilihan Umno tetapi beranggapan ia perlu dibuka untuk semua.
Masanya juga terlampau suntuk untuk dilaksanakan, terutama bagi ketiga-tiga sayap iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan mengadakan pemilihan Sabtu ini.
"Kalau hanya tertumpu kepada jawatan naib presiden, macam mana pula dengan Majlis Tertinggi (MT) dan sayap-sayap lain?," kata Mohd Shafie yang juga Menteri Luar Bandar dan Wilayah kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat dan East West Center di sini hari ini.
"(Perdebatan itu) sememangnya penting bagi para perwakilan untuk mengetahui daya upaya calon-calon dalam beberapa isu, bukan sahaja mengenai pentadbiran kerajaan dan isu politik semasa, malah penting untuk mengetahui wawasan mereka," katanya.
Mohd Shafie, yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam agar keenam-enam calon naib presiden dalam Pemilihan Umno 2013 bersemuka dalam satu perdebatan di televisyen.
Melalui perdebatan ini akan membolehkan perwakilan dan masyarakat mengetahui keupayaan serta visi dan hala tuju calon-calon bertanding, kata Mohd Shafie.
Beliau akan mempertahan jawatan naib presiden Umno bersama dua penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Hishammuddin Tun Hussein.
Mereka akan dicabar Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, dilaporkan berkata beliau sudah bersedia untuk berdebat, kerana ia memberi peluang untuk meyakinkan para perwakilan agar memilih calon naib presiden yang tepat.
Namun Hishammuddin pula berpendapat adalah tidak sesuai untuk mengadakan perdebatan di televisyen kerana pemilihan Umno bukanlah ditentukan oleh masyarakat.
Pemilihan Umno kali ini akan menyaksikan 146,000 anggota perwakilan, diberi peluang mengundi melalui mekanisme pengiraan 'Electoral College'.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan Exco sayap pusat diadakan serentak Sabtu ini, dan mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat Bahagian dan MT akan diadakan serentak pada 19 Okt.
Bernama
Mon Oct 07 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, dakwaan wujud kem dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'
Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Pelantikan tersebut dicapai sebulat suara oleh negara anggota WHO Pasifik Barat.