awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafie nafi ada kaitan dengan dakwaan penyelewengan di Sabah

Bernama
Bernama
09/10/2016
13:21 MYT
Shafie nafi ada kaitan dengan dakwaan penyelewengan di Sabah
Menurut Shafie, beliau tidak mengenali dua orang pegawai kanan jabatan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu. - Gambar fail
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau dan bekas kementeriannya itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion membabitkan sebuah jabatan kerajaan di Sabah.
Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata beliau juga tidak mengenali dua orang pegawai kanan jabatan itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan itu.
Pada Selasa lepas, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, berikutan dakwaan penyelewengan itu.
BACA: Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu - SPRM
"Saya memberi sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan SPRM. Saya berharap jangan ada spekulasi kerana siasatan masih dilakukan dan saya bersedia memberi kerjasama kepada SPRM," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#Mohd Shafie Apdal
#penyelewengan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan