awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan 'pertahan' kenyataan pengurusan banjir di Malaysia terbaik di dunia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/03/2022
08:27 MYT
Shahidan 'pertahan' kenyataan pengurusan banjir di Malaysia terbaik di dunia
Shahidan 'mempertahankan' kenyataannya pada 2013 yang berkata pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim 'mempertahankan' kenyataannya pada 2013 yang berkata pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di dunia.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu selepas Lim Lip Eng (PH - Kepong) bertanyakan adakah beliau masih berasakan sedemikian ketika Shahidan membahaskan usul berkenaan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur.
Jelas Ahli Parlimen Arau itu, kenyataan yang dibuat pada sembilan tahun lepas itu adalah berkaitan pendekatan dibuat kerajaan pada zaman tersebut.
“Saya kata berpindah sebelum banjir. Itu sebab, contoh macam yang berlaku di Kelantan, kita pindahkan sebelum banjir.
“Bila banjir berlaku, tiada bot digunakan kerana mereka berpindah guna kereta. Kemudian, mereka duduk sehari, dua hari di pusat pemindahan sementara dan selepas itu banjir pun datang.
“Selepas banjir pergi, mereka boleh balik ke rumah. Perpindahan banjir melibatkan bot akan meyebabkan kerosakan, kemalangan jiwa,” katanya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kepong itu.
Katanya lagi, pada zaman itu jugalah kerajaan memperkenalkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Maka sistem pengurusan banjir telah berjalan lancar dan baik, tengok pada masa itu, beberapa pendekatan yang kita buat, kita menjadi yang terbaik dalam menguruskan banjir.
“Tengok pengurusan banjir di negara lain, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia,” ujarnya.
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan usul untuk membahaskan isu banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur khususnya Lembah Klang baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usul itu dibahaskan bermula jam 1 tengah hari sehingga selesai.
Usul berkenaan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pada Isnin dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Shahidan Kassim
#pengurusan banjir
#terbaik di dunia
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan