awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahmalarani raih pingat emas di Larnaca

Bernama
Bernama
19/02/2024
06:25 MYT
Shahmalarani raih pingat emas di Larnaca
Shahmalarani merangkul kejuaraan dalam acara wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menewaskan Eva Rodriguez dari Sepanyol 9-5 pada aksi final yang berlangsung di Kition Athletic Center. - Gambar/ MSN
KUALA LUMPUR: Atlet karate negara C. Shahmalarani meraih pingat emas pada Kejohanan Karate 1 Siri A Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Larnaca, Cyprus, semalam.
Atlet berusia 25 tahun itu merangkul kejuaraan dalam acara wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menewaskan Eva Rodriguez dari Sepanyol 9-5 pada aksi final yang berlangsung di Kition Athletic Center.
Terdahulu, Shahmalarani, juara dua kali Sukan SEA menyingkirkan Barbara Michelle Morales dari Guatemala 3-2 untuk mara ke perlawanan akhir, manakala Eva mengetepikan Hsin-Yu Chan dari Taiwan 1-0.
Berkongsi kejayaannya menerusi laman Instagram, Shahmalarani berkata ia sebagai penebus kekecewaan selepas terlepas podium di Sukan Asia Hangzhou, apabila terkandas pada pusingan 16, Oktober lepas.
"Tambah satu lagi koleksi pingat siri dunia. Kehilangan kejuaraan Asia (Sukan), kecewa memandangkan kami tahu usaha dan pengorbanan yang dibuat dalam proses mempersiap setiap kejohanan.
"Harapan untuk detik ini (kemenangan) amat besar, dan ia adalah bukti ketabahan penantian selama sembilan bulan selepas Sukan SEA 2023 (di Kemboja, Mei 2023)," katanya menerusi hantaran terbabit.
Sementara itu, juara acara lelaki bawah 84 kg Sukan Asia Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik berkongsi tempat kelima dengan Arslan Hasan dari Turkiye selepas kalah 1-5 kepada Nikola Malovic dari Montenegro dalam pusingan repechage.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet karate
#C Shahmalarani
#pingat emas
#kejohanan karate WKF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan