Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil meminta ahli sayap parti itu membuktikan bahawa mereka mampu memimpin isu di luar kerangka wanita.
Shahrizat berkata ahli Pergerakan Wanita UMNO perlu membuktikan mereka memainkan peranan yang berkesan sebagai tulang belakang parti.
"Usah jadikan perjuangan Wanita UMNO sebagai “women-centric”. Wanita UMNO mesti bercakap dan memperjuangkan soal perumahan, soal ekonomi dan keusahawanan, soal pendidikan, soal keselamatan, soal keadilan sosial, soal antarabangsa, dan soal masa depan negara.
"Buktikan kita mampu memimpin isu yang akan membawa kepada pembangunan rakyat Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam teks ucapan yang diedarkan, Shahrizat dan tidak berkata, Wanita UMNO perlu melakukan transformasi dan tidak terperangkap dalam melihat perjuangan Wanita UMNO sebagai sesuatu yang terbatas.
Wanita UMNO juga digesa supaya menggunakan pelbagai media termasuklah melalui media sosial, dan mendekati kelompok di luar selain daripada dalam parti.
"Wanita UMNO mesti terus mendekati masyarakat bandar dan luar Bandar, Wanita UMNO mesti selesa bersama suri rumah dan profesional, Wanita UMNO mesti seiringan dengan yang tua dan yang muda. Wanita UMNO mesti “engage” dengan semua kelompok merentasi zon selesa kita.
"Kita mesti mengambil pendekatan memandang ke luar, atau “outward-looking” dan bukan memandang ke dalam parti saja. Sama ada mereka penyokong atau bersimpati dengan parti pembangkang, kita harus mendekati dan berjuang bersama-sama. Jika mereka tak kenal kita, mungkin mereka tak cinta kita.
"Selain daripada itu, Wanita UMNO bukan saja harus meneroka, tetapi menguasai media sosial. Media sosial bukan sekadar untuk bersantai-santaian, tetapi di situlah tempat untuk kita mendengar suara rakyat Malaysia di zaman ini," katanya.
Shahrizat juga menegaskan masanya sudah tiba untuk Wanita mempertingkatkan perjuangan untuk menjadi jentera politik dalam UMNO.
Kombinasi Wanita UMNO selaku jentera pilihanraya dan jentera politik akan membawa kekuatan luar biasa kepada UMNO," jelasnya.
Dalam ucapannya, Shahrizat turut memuji kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemudi parti berdepan cabaran pembangkang.
Pergerakan Wanita UMNO memulakan persidangannya hari ini dan dihadiri 989 perwakilan dari seluruh negara.
Rahimah Abdullah
Wed Dec 04 2013
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita dan Pemuda UMNO salur bantuan kepada mangsa banjir
Semua anggota skuad sayang di semua cawangan dan bahagian sudah diarah turun padang menyalurkan bantuan.
Shahrizat: Wanita UMNO perlu buktikan mampu pimpin isu lebih besar
Wanita UMNO perlu melakukan transformasi dan tidak terperangkap dalam melihat perjuangan Wanita UMNO sebagai sesuatu yang terbatas.