KUALA LUMPUR: Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000 kononnya bagi menyelesaikan satu kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Tertuduh yang berumur 55 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Shamsubahrin, yang berkerusi roda didakwa secara rasuah menerima suapan untuk dirinya iaitu wang tunai RM10,000 melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Yusfazila Md Yusoff, 38, sebagai dorongan untuk tertuduh menyelesaikan kes Azizan Mohamed Yasin di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Ahli perniagaan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di AmBank, Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada 1.47 tengah hari, 4 Mac lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Sesyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa daripada SPRM Abd Muntaqim Abdul Aziz menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Muhammad Noor Azfar Muhammad Noor, yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai lima orang anak.
"Anak guam saya juga mempunyai masalah kesihatan kronik seperti buah pinggang dan kanser," kata peguam itu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 1 Okt ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Tertuduh yang berumur 55 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozina Ayob. - Bernama
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular
Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.