awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharifah Aini selamat bersemadi

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2014
10:31 MYT
Sharifah Aini selamat bersemadi
Sharifah Aini selamat bersemadi
Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar Al Jufri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, tengahari Sabtu.
Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi Sabtu, akibat jangkitan pada paru-paru, empat hari selepas ulangtahun hari lahirnya yang ke 61.
Jenazah Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 12:17 tengahari.
Berada di sisi Allahyarham sewaktu menghembuskan nafas akhirnya ialah anak tunggalnya, Aliff Omar dan beberapa keluarga dan teman rapat.
GALERI FOTO : Perginya Biduanita Negara: Datuk Sharifah Aini
Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah ramai rakan Allahyarham, termasuk Uji Rashid, Hail Amir, Misha Omar, Noor Kumalasari, Datuk Sarimah, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk DV Dave, Datuk Yusof Haslam serta bekas suami, Ali Bakar.
Jenazah Allahyarham terdahulu tiba di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail dari Pusat Perubatan Pakar Damansara sekitar 7.31 pagi.
Ramai rakan artis turut memberi memberi penghormatan terakhir seperti Hamidah Wahab, Mas Omar, Datuk Yusni Hamid, Datuk Hattan dan Fazli Zainal.
Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa oleh anaknya, Aliff Omar.
Ia susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Sharifah Aini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan