Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI

Nailah Huda
April 10, 2019 22:00 MYT
Kisah-kisah kemanusiaan akan disampaikan oleh artis-artis tersohor tanah air, seperti Erra Fazira, Tomok, Syarifah Amani dan Misha Omar di program terbaharu Komuniti AWANI.
PANDANGAN dan kisah negatif mudah menular dan berleluasa di media sosial dewasa ini.
Justeru adalah amat penting untuk kita mengetengahkan kisah kemanusiaan dan kepentingan nilai-nilai murni dalam membantu menyelesaikan isu-isu masyarakat.
Untuk itu menerusi program terbaharu Komuniti AWANI, kami memberi peluang kepada anda untuk berkongsi kisah-kisah kemanusiaan yang akan kami bawakan ke skrin televisyen.
Sekiranya anda mempunyai cerita yang mencetus inspirasi atau memaparkan nilai-nilai murni, ia berpeluang untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia menerusi program ini.
Apa yang paling menariknya, kisah-kisah ini akan disampaikan oleh artis dan selebriti tersohor tanah air, seperti Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira dan Tomok.
BACA: Siti Nurhaliza, Adibah, Nora Danish, Alif Satar jadi penyampai berita Astro AWANI
Pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor turut membuat penampilan pertamanya sebagai penyampai berita menerusi program Komuniti AWANI.
VIDEO: Komuniti AWANI: Adibah Noor jadi penyampai berita
Komuniti AWANI bersiaran setiap Isnin pada pukul 8.15 malam.
Kongsikan kisah anda bersama kami menerusi emel ke awanieditors@astro.com.my.
#Adibah Noor #Alif Satar #Erra Fazira #kemanusiaan #Komuniti Awani #Masyarakat #Misha Omar #Nora Danish #Sharifah Amani #Tomok