awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siap sedia dari sekarang hadapi PRU-14 Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2013
14:31 MYT
Siap sedia dari sekarang hadapi PRU-14  Muhyiddin
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu menyampaikan ucapan perasmian. - Foto BERNAMA
Semua sayap pergerakan UMNO diarah membuat persiapan mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 kerana tempoh empat tahun mandat yang tinggal bukannya lama.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRU-14 itu akan lebih mencabar bagi UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) berbanding pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
“Kita mesti ingat tempoh empat tahun sebelum PRU-14 bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Kita mesti telahpun bersedia bukan hari ini tetapi dari semalam,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Menurut Muhyiddin, Wanita UMNO mesti meneruskan peranannya sebagai pembawa obor perjuangan parti yang “setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi”.
Beliau juga mahu Pemuda dan Puteri UMNO kekal jadi pewaris perjuangan parti yang akan menentukan keyakinan rakyat kepada parti itu sebagai tempat bernaung.
Untuk itu, Muhyiddin mahu semua ahli ketiga-tiga pergerakan sayap kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO.
“Kita berjuang dalam UMNO bukan untuk UMNO tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera. Apabila kita diangkat menjadi pemimpin di dalam UMNO bukan bermakna kita hanya berkhidmat untuk orang UMNO tetapi berkhidmat untuk orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Muhyiddin juga mahu ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO “lebih lantang, berani dan yakin” bagi memastikan kehadiran UMNO dirasai oleh masyarakat.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberi ingatan supaya UMNO tidak lalai dan leka dengan kejayaan dalam PRU-13 yang lalu kerana “kemenangan UMNO dan Barisan Nasional adalah kemenangan bersyarat”.
Ini kerana biarpun UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen tetapi sokongan ke atas BN daripada kalangan pengundi muda dan pengundi bandar merosot.
“UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh pengundi,” katanya.
Jelas beliau, UMNO perlu jujur dan ikhlas bermuhasabah untuk mengetahui kenapa sokongan daripada dua golongan itu tidak seperti yang diharapkan.
Dalam PRU-13 yang lalu, UMNO menambah kerusinya di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi menjadikannya parti dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
BN juga memenangi semula negeri Kedah dan kekal di negeri-negeri lain tetapi gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dan hilang beberapa kerusi di kubu kuatnya di Johor dan Melaka.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Persidangan UMNO
#Timbalan Presiden UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan