Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan akan dicabar satu lawan satu oleh calon Parti Keadilan Rakyat, Feriz Musa.



Dalam mesejnya di Twitter, Najib berharap kempen PRU-13 ini akan berjalan dengan lancar.


Beliau sebelum turut melahirkan keyakinan barisan calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional akan dapat membawa negara ini jadi lebih berjaya.




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bertanding di Parlimen Pagoh dan ditentang sekali lagi oleh calon Pas, Mohamad Rozali Jamil.

Dalam pilihan raya umum 2008, Muhyiddin menang mengalahkan calon Pas yang sama dengan majoriti 12,581 undi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk mempertahankan kerusinya di Parlimen Permatang Pauh. Beliau dicabar calon BN, Dr. Mazlan Ismail dan seorang calon bebas, Abdullah Zawawi.



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyerahkan borang penamaan calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Marang bakal menemui Penyandang Exco kerajaan negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengikut pencalonan BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan yang disandangnya daripada calon BN Chua Teik Siang dan Lim Kim Chu dari Parti Cinta Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Ghani Othman dan penasihat DAP, Lim Kit Siang berentap di Parlimen Gelang Patah susulan pengumuman tarik diri Calon Bebas, R. Ragendren pada saat akhir.

Sementara itu, kejutan berlaku di Parlimen Kuala Kangsar apabila Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah.

Seorang lagi ahli UMNO, bekas Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd, Shariff Omar bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tasek Gelugor menentang calon BN, Shabudin Yahaya dan calon Pas, tokoh korporat, Datuk Abdul Rahman Maidin.


Beliau sebelum ini kesal kerana tidak disenaraikan sebagai calon BN kerana menganggap penggugurannya pada 2008 dulu adalah hanya satu langkah "meminjamkan" kerusi itu kepada calon lain.

UMNO Pulau Pinang sebelum ini meminta Shariff memikirkan semula tindakannya tetapi pencalonannya hari ini satu ketegasan bahawa beliau sudah berkerat rotan berpatah arang dengan UMNO.

Bagi kerusi Parlimen Gombak, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan bertanding menentang Datuk Dr. Rahman Ismail (BN) dan Datuk Said Naza Abu Bakar, calon Bebas.

Azmin Ali (tengah) bersama calon Pakatan Rakyat yang lain bagi kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Gombak.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves pula, pertandingan tiga penjuru turut berlaku antara Rawichandran Narayanan (BN), Amirudin Shari (PKR) dan Suman Gopal (Bebas).

Untuk DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad dari BN dan akan menentang Hasbullah Ridzwan dari Pas.

Bagi kerusi DUN Hulu Kelang pula, ia bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN) dan Saari Sungib (Pas).

Sementara itu, bekas Presiden MCA Ong Tee Keat yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Pandan selepas tidak disenaraikan sebagai calon oleh Barisan Nasional (BN) tidak kelihatan di pusat penamaan calon.


Sebaliknya, bekas setiausaha sulit beliau, Allan Tan Yew Leng tiba di pusat penamaan calon dan memaklumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

Yew Leng, 35, meletakkan jawatannya semalam.

"Beliau tidak maklumkan kepada saya kenapa beliau tidak bertanding tetapi saya telah berbincang dengan beliau dan beliau memberikan restu (untuk saya bertanding)," katanya semasa ditemui di pusat penamaan calon di Pandan, dekat sini.

Yew Leng telah berkhidmat dengan Tee Keat selama lebih 10 tahun dan berharap beliau akan diberi mandat oleh pengundi untuk menerukan kerja-kerja bekas wakil rakyat itu.

Pertandingan bagi kerusi Parlimen Pasir Mas pula bakal menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon bebas yang juga penyandangnya, Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

SPR mengumumkan hanya ada dua calon bertanding di kerusi itu selepas calon BN, Che Johan Che Pa yang hadir di pusat penamaan calon tidak menyerahkan borang pencalonannya.


Sementara itu, di kerusi Parlimen Batu, 5 calon akan bertanding iaitu penyandangnya Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dicabar calon BN, Dominic Lau; calon Berjasa dan 2 calon bebas.


Pertembungan antara BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disifatkan antara kerusi panas pula akan turut disertai seorang calon bebas, Rusli Baba.


BN mencalonkan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang akan mencabar penyandangnya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Di Parlimen Putrajaya, penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Umno) akan dicabar oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.


Di Parlimen Tambun, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah disahkan bertanding melawan Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Dalam pada itu, kerusi Parlimen Subang akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru manakala kerusi DUN Kota Damansara bakal ditandingi 6 penjuru antara calon Parti Sosialis Malaysia, Dr. Nasir Hashim yang menggunakan simbol PKR dengan calon BN, Halimaton Saadiah Bohan dan 4 calon bebas.



Sementara itu, satu kerusi yang menarik perhatian ialah Parlimen Tanjung Karang apabila Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar dicabar oleh penyanyi era 1980-an, Herman Tino atau nama sebenarnya, Masron Tamsi dan calon Pas, Mohamad Rashdi Deraman.

Parlimen P 195 Bandar Kuching akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan DAP.

Calon BN, Tan Kai menentang calon DAP, Chong Cheng Jen yang merupakan penyandang kerusi kawasan berkenaan sejak penggal lepas.




Kerusi Parlimen Wangsa Maju juga menyaksikan persaingan sengit satu lawan satu diantara penyandang PKR, Tan Kee Kwong menentang calon BN Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah dengan jumlah pengundi sebanyak 67,858 orang.

Penyandang DUN Tambun Tulang Datuk Seri Shahidan Kasim bakal bertanding tiga penjuru di kerusi Parlimen Arau apabila Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dan Zainudin Yom menghantar pencalonan bagi kerusi yang sama.

Datuk Johari bin Baharum masih diberi kepercayaan oleh Pengerusi BN apabila tampil mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang calon Pas Mohd Jamal bin Nasir.

Mantan Menteri Besar Kedah Datuk Mahdzir Khalid pula akan bertanding tiga penjuru di kerusi parlimen Padang Terap bertemu calon Pas Mohd Nasir Zakaria dan calon bebas Muhamad Bazli bin Abdullah.

Penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari Pas akan bertanding dengan abang kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Shahlan Ismail dari BN.

Parlimen Pendang pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu calon Pas Mohamad bin Sabu dan calon BN Othman bin Abdul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari BN bakal bertemu calon Pas Mohd Firdaus bin Jaafar bagi merebut kerusi Parlimen Jerai.

Ketua Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim akan bertanding di kerusi Parlimen Baling bersama calon Pas Najmi Ahmad.

Salah satu kerusi panas bagi negeri Kedah ialah Parlimen Padang Serai yang sebelum ini disandang dan ingin dipertahankan oleh Gobalakrishnan a/l Nagapan dari BN, N Surendran dari PKR, Heng Seai Kie dari BN, calon Parti Berjasa Hamidi Abu Hassan dan dua lagi calon bebas.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bakal berentap satu lawan satu merebut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu bersama calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Calon yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam bertemu calon Pas Abdul Ghani Ahmad.

Pertembungan empat penjuru juga berlaku di kerusi DUN Sungai Limau apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas bertemu calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon bebas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adik Hussin bakal merebut kerusi Parlimen Bachok bersama wakil calon Pas Ahmad Marzuk Shaary.

Parlimen Ketereh bakal menyaksikan pertarungan ulangan apabila Tan Sri Annuar Musa digandingkan sekali lagi oleh penyandang kerusi tersebut dari PKR Abdul Aziz Abdul Kadir.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed bakak berentap bersama calon Pas Mohd Apandi ohamad untuk merebut kerusi Parlimen Jeli.

Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bakal mempertahankan kerusi itu daripada calon Pas Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertahankan kerusi DUN Cempaka dari calon BN Wan Razman Wan Abdul Razak.

Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa bakal bertanding satu lawan satu kepada calon BN Mohd Noordin bin Awang untuk merebut kerusi DUN Salor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu akan bertanding satu lawan satu kepada calon Pas Riduan Mohamad Nor untuk merebut kerusi Parlimen Besut.

Calon PRU-13 yang paling tua kali ini tampil merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu tiga penjuru bersama calon BN Mohd Zubir Embong dan Raja Kamarul Bahrin Shah dari Pas.

Datuk Ahmad Shabery Cheek pula akan bertarung satu lawan satu menentang calon PKR Kamarudin Chik di kerusi Parlimen Kemaman.