awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan

Gempak
Gempak
23/04/2023
07:01 MYT
"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2. - Gempak
PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.
Namun kata Scha dia memilih untuk mengawal emosi dan cuba berkomunikasi untuk selesaikannya dengan baik.
“Saya dan Awal sendiri tidaklah selalu berbunga-bunga, kami juga ada ujian kami, kami ada aib masing-masing. Saya selalu ingatkan Awal, walau apa pun terjadi di masa depan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk kawal sebaik mungkin daripada masalah menjadi besar.
“Siapa je tak pernah bergaduh, saya dan Awal kami mempunyai karakter yang sangat berbeza, pemikiran berlainan dan banyak lagi. Jadi apabila kami diuji dengan masalah atau ada salah faham, saya selalunya akan tanya dia, kami berkomunikasi untuk selesaikan.
“Kalau boleh, cuba diam dulu, kadang-kadang saya minta pendapat keluarga juga. Ambil pandangan dan borak dengan orang yang betul-betul kita percaya.
“Ambil input mereka. Tidak banyak, sedikit pun kita dapat berkongsi dan luahkan masalah. Insya-Allah keadaan diri akan bertambah baik,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Awal yang turut ditemui Gempak berkata dia pula memilih untuk keluar seketika daripada rumah untuk bertenang kerana dikhuatiri sifat baran yang ada pada dirinya akan memburukkan lagi keadaan.
“Saya pula suka berdiam diri dulu untuk tenangkan keadaan dan berfikir. Saya akan keluar rumah seketika kemudian bila dah reda saya akan balik rumah.
“Sebab saya tahu, saya jenis yang panas baran, kalau perkara itu (pergaduhan) terjadi saya risau sikap panas baran saya akan memburukkan keadaan lagi.
Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Scha Al-Yahya
#ujian perkahwinan
#Awal Ashaari
#bergaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan