awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA

Bernama
Bernama
23/06/2021
13:32 MYT
Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Dr Subramaniam berkata semua vaksin yang ada di negara ini adalah percuma kepada orang awam dan disediakan secara eksklusif menerusi PICK. - Gambar hiasan/AP
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian.
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata sekiranya dakwaan itu terbukti benar, tindakan tegas perlu diambil ke atas syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan itu dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang terlibat.
"MMA diberitahu bahawa vaksin dijual oleh sebuah syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian pada harga sekitar RM400 (dua dos) seorang dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta terlibat menjalankan vaksinasi.
"MMA mengambil serius perkara ini kerana pada masa ini kerajaan adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Subramaniam berkata semua vaksin yang ada di negara ini adalah percuma kepada orang awam dan disediakan secara eksklusif menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pada Februari lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengkomersialkan vaksin COVID-19 di negara ini dengan membenarkan syarikat swasta menjualnya.
Beliau berkata tiada syarikat yang dilesenkan untuk menjual vaksin dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan membekal vaksin ke seluruh hospital termasuk hospital swasta, yang akan diberi secara percuma kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MMA
#KKM
#vaksin
#PICK
#COVID-19
#NPRA
#Persatuan Perubatan Malaysia
#Majlis Perubatan Malaysia
#Dr Subramaniam Muniandy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan