awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri

Bernama
Bernama
09/02/2026
23:00 MYT
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Zamri bercakap pada media di Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Mufti Negeri Perak di Auditorium Bangunan SPRM, Meru Bestari, Ipoh, pada Isnin. - Gambar Bernama
IPOH: Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tindakan agensi itu menahan atau menyiasat individu termasuk tokoh agama berhubung dakwaan salah guna kuasa atau rasuah.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, beliau memandang serius dan bimbang terhadap beberapa kes yang kebelakangan ini melibatkan individu yang dilabel sebagai pendakwah, namun menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada SPRM.
"Kita memandang perkara ini sebagai sesuatu yang membimbangkan dan percaya kepada SPRM dan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan secara telus.
"Biar SPRM serta agensi penyiasatan menjalankan tugas masing-masing kerana itu bidang tugas mereka, itu kepakaran mereka," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2026-2030 dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Mufti Negeri Perak yang dirasmikan oleh Pengarah SPRM Perak Datuk Ahmad Sabri Mohamed, di sini, pada Isnin.
Zamri turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terus menghakimi individu yang ditahan atau disiasat selagi tidak terbukti dakwaan terhadap mereka.
"Orang yang dituduh itu belum tentu bersalah. Beri peluang kepada pihak yang menjalankan siasatan dan juga kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran.
"Jangan kita sebagai orang awam cepat-cepat menjadi hakim, sama ada terhadap individu yang disiasat mahupun terhadap SPRM," katanya.
Zamri berkata, pelaksanaan OACP 2026-2030 pula bukanlah usaha bermusim, tetapi kesinambungan terhadap komitmen Jabatan Mufti Negeri Perak.
Beliau berkata, pada fasa pertama pelaksanaannya, sebanyak 79 inisiatif telah dirangka dan dilaksana, manakala bagi fasa kedua, jabatan menetapkan 25 inisiatif yang lebih terarah dan berimpak tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#timbalan mufti perak
#tahan pendakwah
#spekulasi negatif
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan