Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki memaklumkan pihaknya akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah sekiranya ada laporan yang dibuat.

“SPRM akan menyiasat segala aduan berkaitan rasuah yang diadukan kepada suruhanjaya ini.

“Berhubung dengan apa yang dikatakan Tony Pua setakat ini, pihak SPRM belum lagi menerima sebarang laporan ataupun aduan dari pihak beliau.

BACA: 5 percanggahan utama tindakan pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB
BACA: Ahli lembaga pengarah 1MDB: Siapa mereka?


“Kita akan melihat sebarang aduan yang akan dikemukakan kepada kita dan kita boleh buat apa-apa tindakan seterusnya,” katanya kepada Astro AWANI.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa agar Ketua Polis Negara segera menjalankan siasatan ke atas bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi Azral serta lembaga pengarahnya.

Desakan itu dibuat dalam satu kenyataan susulan pembentangan laporan siasatan PAC terhadap 1MDB yang antara lain mencadangkan siasatan ke atas syarikat itu.

PAC, dalam Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkannya di Dewan Rakyat hari ini, meminta pihak berkuasa menyiasat Shahrol Azral dan para pegawai lain yang berkenaan.

BACA: Laporan PAC - Tiada kesalahan dalam 1MDB semasa saya berkhidmat - Shahrol Azral

PAC berkata Shahrol Azral perlu bertanggungjawab bagi kelemahan dan kekangan yang wujud dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.