awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2024
06:40 MYT
Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman
Siasatan berhubung dakwaan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah telah diserahkan kepada Bukit Aman. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung dakwaan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah telah diserahkan kepada Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan berkenaan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman
"Kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kes disiasat oleh USJT JSJ Bukit Aman," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Firdaus Wong membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju
Firdaus dilaporkan berkata, ia adalah permulaan sebelum tindakan saman dilakukan dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak laporan akan dibuat ke atas pemfitnahnya.
Daripada enam laporan yang dilakukan, satu melibatkan ugutan bunuh, satu pukul manakala selebihnya kes fitnah.
Ditanya punca ugutan itu dibuat, pendakwah terkenal berkenaan mengakui ia banyak diterima selepas pembongkaran isu stoking kalimah Allah dan percaya, ada yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja dakwah dilakukannya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas
#Firdaus Wong Wai Hung
#pendakwah bebas
#ugutan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan