awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan 'ganjaran' Sapura Energy: SPRM siasat Tan Sri berkaitan pengubahan wang haram

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/05/2025
09:55 MYT
Siasatan 'ganjaran' Sapura Energy: SPRM siasat Tan Sri berkaitan pengubahan wang haram
Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.

Ringkasan AI
  • Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri sedang disiasat oleh SPRM berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.
  • Siasatan tertumpu kepada kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, termasuk isu ganjaran seperti gaji, bonus, saham, bayaran penjenamaan, dan penempatan persendirian saham dari 2012 hingga 2021.
  • Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta, dengan siasatan terhadap tadbir urus korporat turut dijalankan.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada dakwaan rasuah berkaitan pelaburan yang dibuat selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad, yang kemudian dikenali sebagai SEB.
Katanya, beberapa lokasi telah digeledah bagi membantu siasatan termasuk pejabat Sapura@Mines, Menara Permata Sapura (Sapura Holdings Sdn Bhd) serta kediaman suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Jelasnya, siasatan tertumpu terhadap kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan isu ganjaran seperti gaji, bonus, saham, bayaran penjenamaan dan penempatan persendirian saham dari 2012 hingga 2021.
“SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan dokumen di bawah peruntukan Kanun Keseksaan.
“Tokoh korporat itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 dan 6 Mei lalu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” kata sumber kepada media pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta.
Siasatan terhadap tadbir urus dan tatakelola korporat juga akan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tan Sri
#Sapura Energy
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan