awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kebakaran Wisma Jakel di peringkat akhir, tiada unsur jenayah ditemukan

Bernama
Bernama
18/01/2023
09:57 MYT
Siasatan kebakaran Wisma Jakel di peringkat akhir, tiada unsur jenayah ditemukan
Gedung tekstil terkemuka itu terbakar dua kali pada 1 dan 3 Jan lepas membabitkan anggaran kerugian hampir RM100 juta.- Fail/JBPM Selangor
PETALING JAYA: Siasatan peringkat akhir kejadian kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini mendapati tiada sebarang unsur jenayah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.
"Siasatan kebakaran Wisma Jakel kini sudah masuk peringkat akhir dan tiada unsur-unsur jenayah dikesan pada peringkat ini, kita yakin dapat siapkan siasatan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita semasa Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan gedung tekstil terkemuka itu terbakar dua kali pada 1 dan 3 Jan lepas membabitkan anggaran kerugian hampir RM100 juta.
Mengulas mengenai kempen berkenaan, beliau berkata pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut di premis dan lokasi tumpuan awam bagi memastikan ia selamat daripada sebarang risiko kebakaran.
"Sehingga semalam (17 Jan) kami telah memeriksa 28 premis di seluruh Selangor," katanya.
Kebakaran | Wisma Jakel Shah Alam musnah 80 peratus
Dalam pada itu, Wan Md Razali turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena musim perayaan ini agar memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat, kenderaan telah diselenggara, mendapat rehat yang cukup dan merancang perjalanan terlebih dahulu.
Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu Cina berlangsung dari 2 Jan hingga 30 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Jakel
#unsur jenayah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#gedung tekstil terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan