awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan fesyen dalam talian akan dijalankan secara adil - SPRM

Bernama
Bernama
02/11/2024
07:35 MYT
Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan fesyen dalam talian akan dijalankan secara adil - SPRM
Azam berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.
"SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.
"SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan 'perbicaraan awam' terhadap pihak yang terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khazanah
#PNB
#Azam Baki
#perniagaan fesyen dalam talian
#FashionValet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan