awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding

Astro Arena
Astro Arena
29/12/2025
04:15 MYT
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Piala Malaysia musim depan akan menyaksikan 16 pasukan bersaing, termasuk 13 pasukan Liga Super dan tiga pasukan Liga A1 Semi-Pro. - Gambar hiasan/Astro AWANI
16 pasukan akan bertanding dalam saingan tertua bola sepak Asia Tenggara, Piala Malaysia, bermula bulan depan.

Ringkasan AI
  • Piala Malaysia musim depan akan menyaksikan 16 pasukan bersaing, termasuk 13 pasukan Liga Super dan tiga pasukan Liga A1 Semi-Pro.
  • Pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, dan Kedah FA turut terpilih berdasarkan kedudukan terkini dalam Liga Super.
  • Undian pusingan awal dijangka berlangsung hujung minggu ini dengan lapan pasukan teratas Liga Super dalam balang A dan lima pasukan terbawah bersama tiga pasukan Liga A1 dalam balang B.

13 pasukan Liga Super dan tiga pasukan terbaik daripada Liga A1 Semi-Pro akan bertanding merebut trofi penutup musim berkenaan dengan undian pusingan awal dijangka akan diadakan hujung minggu ini.
Memandangkan pendahulu Liga A1, Selangor, dan pasukan yang menduduki tangga ketiga, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) merupakan kelab sokongan, Perak, UM-Damansara dan Kedah FA mendapat kelayakan untuk menyertai Piala Malaysia musim ini.
Berdasarkan kedudukan semasa Liga Super, lapan pasukan teratas, iaitu, JDT, Kuching City, Selangor, Kuala Lumpur City, Terengganu, Negeri Sembilan, DPMM dan Sabah, akan diletakkan dalam balang A menjelang undian berkenaan.
Lima pasukan terbawah Liga Super, iaitu Imigresen, Kelantan The Real Warriors, Penang, Melaka dan PDRM, pula akan berada dalam balang B bersama tiga pasukan daripada Liga A1.
Senarai 16 pasukan layak ke Piala Malaysia:
1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
 2. Kuching City
 3. Selangor 4. KL City 
5. Terengganu
 6. Negeri Sembilan
 7. DPMM
 8. Sabah
 9. Imigresen
 10. Kelantan The Real Warriors
 11. Penang 
12. Melaka 
13. PDRM
 14. Perak
 15. UM-Damansara United
 16. Kedah FA
-- Stadium Astro


Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#pasukan yang layak
#JDT
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan