awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan PUNB: SPRM akan panggil lagi saksi

Hilal Azmi
Hilal Azmi
06/06/2018
12:45 MYT
Siasatan PUNB: SPRM akan panggil lagi saksi
SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan seorang Ahli Lembaga Pengarah PUNB. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi saksi dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan seorang Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Menurut sumber rapat dengan SPRM, sehingga kini seramai tiga saksi penting telah pun direkodkan keterangan mereka.
Jelasnya, saksi-saksi yang akan dipanggil ini merupakan individu yang mempunyai kaitan dan mengetahui mengenai projek penerbitan buku yang dikatakan telah diberi kepada kroni Ahli Lembaga Pengarah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, pihaknya terlebih dahulu akan meneliti keterangan saksi serta dokumen-dokumen yang diperoleh daripada PUNB Khamis lepas.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.
Topic Berkaitan
#ahli lembaga pengarah
#Alias Salim
#Permodalan Usahawan Nasional Berhad
#PUNB
#Rasuah
#Seksyen 23 Akta SPRM 2009
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan