Skip to main content

Malaysia

Siasatan punca kematian lelaki yang ditahan pagi tadi diteruskan - Polis

81357984392_295x200.jpg
Polis hari ini mengeluarkan kenyataan akan meneruskan siasatan terhadap punca kematian seorang lelaki yang ditahan awal pagi tadi di Jalan Barat Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

“[Awal pagi tadi] berlaku satu kejadian kejar mengejar dan semasa dua orang anggota polis Peronda (MPV) cuba melakukan tangkapan terhadap pemandu kereta Proton Waja, turut berlaku sedikit pergelutan,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Tambah beliau, pemandu berkenaan  yang berumur 53 tahun didapati tenat. Ambulan telah dipanggil dan pemandu itu telah disahkan mati oleh doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Dua laporan polis telah diterima daripada anak kepada mendiang mengenai kematian bapanya dan menerangkan keadaan bapanya. Satu lagi laporan dibuat oleh anggota yang membuat tangkapan menerangkan tujuan dan keadaan mendiang ditangkap.

“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada petang hari ini dan laporan awal didapati tiada kesan kecederaan dalaman, luaran dan jantung serta organ dalaman dalam keadaan baik.

"Polis Kuala Lumpur akan meneruskan  siasatan secara telus dan adil. Sementara itu, mayat mendiang telah dituntut oleh keluarga  pada petang ini,” kata beliau.

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video