awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan SPRM: Petronas akan terus beri kerjasama penuh

Bernama
Bernama
27/05/2023
06:00 MYT
Siasatan SPRM: Petronas akan terus beri kerjasama penuh
Petronas mendakwa syarikat itu telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petronas akan terus memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek syarikat minyak negara itu dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.
Dalam kenyataannya hari ini Petronas mendakwa syarikat itu telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009.
Menurut kenyataan itu Petronas juga akan terus meningkatkan dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai usaha berterusan yang serius dalam mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah serta salah laku pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang diambil bekerja oleh atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan itu.
Kenyataan itu memaklumkan ia dilakukan atas saranan SPRM dan sejajar dengan toleransi sifar Petronas terhadap rasuah.
SPRM dalam kenyataannya semalam mengesahkan suruhanjaya itu telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini dan Petronas telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM.
Portal berkenaan dalam artikelnya mendakwa Petronas telah memberi kontrak bernilai hampir RM400 juta kepada syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Petronas
#siasatan rasuah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan