awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan SPRM tidak halang pembekalan baju kalis api bomba

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2019
07:25 MYT
Siasatan SPRM tidak halang pembekalan baju kalis api bomba
SPRM telah menghantar contoh baju untuk diuji. -Foto Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan berhubung pembekalan baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tahun 2016 seperti yang dilaporkan akhbar tempatan pada Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, pihaknya mengesahkan telah memulakan siasatan dan proses berkenaan kini hampir selesai.
"SPRM hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
"SPRM telah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan oleh kontraktor ini kepada Jabatan Kimia dan mengesahkan baju ini tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JBPM.
"SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM," jelas kenyataan itu.
SPRM juga meminta agar pihak JBPM menghubungi SPRM sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#SPRM
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan