SIBU: Kerajaan negeri Sarawak sedang berusaha menjadikan Sibu sebagai bandar ketiga berstatus bandar raya menjelang tahun 2031 dengan beberapa projek besar dalam perancangan untuk mencapai wawasan itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg.
Projek itu termasuk pelan pembangunan semula Bukit Assek, peluasan kawasan bandar dan komersial Sibu, menaik taraf infrastruktur digital dan membangunkan kawasan tanah gambut di Bukit Lima sebagai kawasan simpanan semula jadi.
Untuk dilaksanakan dalam pelan jangka panjang Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), beliau berkata projek itu akan membantu Sibu yang telah memenuhi prasyarat lain seperti mempunyai universiti, untuk mencapai status bandar raya.
Bercakap secara maya melalui Zoom sempena sambutan ulang tahun ke-40 Majlis Perbandaran Sibu (SMC) di sini semalam, Abang Johari berkata SMC telah mencapai kejayaan besar dalam mentransformasikan Sibu sejak 40 tahun yang lalu.
"Sekarang adalah masa untuk melihat ke hadapan iaitu 40 tahun akan datang atau sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. SMC mempunyai objektif untuk menjadikan Sibu sebagai bandar raya menjelang 2031 dan oleh itu untuk 11 tahun akan datang, kita perlu bekerja keras dan merancang supaya Sibu berjaya mencapai status bandar raya," katanya.
Jawatankuasa bagi pelan pembangunan semula Bukit Assek telah dibentuk dan Abang Johari telah meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) mengenai perkara itu.
Menyifatkan ia sebagai tugas yang penting, Abang Johari berkata ia memerlukan kerjasama antara agensi serta penduduk di Bukit Assek.
Beliau berkata Bukit Lima akan menjadi kawasan hijau apabila ia diisytiharkan sebagai simpanan semula jadi, sama seperti Taman Semula Jadi Piasau di Miri dan di Kuching, terletak berhampiran kawasan perindustrian bandar.
"Kemudian Bukit Kemuyang akan dihubungkan dengan Bukit Lima dan Kampung Nangka yang seterusnya akan menjadi kawasan bandar dan komersial kerana Sibu memerlukan tanah yang lebih baik untuk pembangunannya," katanya.
Beliau menambah pelan pengembangan itu akan membantu meningkatkan hasil SMC daripada RM80 juta kepada RM100 juta setahun, dan rizabnya daripada RM25 juta kepada RM50 juta, yang merupakan satu daripada prasyarat untuk mencapai status bandar raya.
"Kita perlu merancang pembangunan Sibu sedemikian rupa supaya orang ramai akan datang dan pada masa yang sama kita boleh membangunkan hartanah di Sibu yang akan menjadi sumber pendapatan untuk bandar ini," katanya dan menambah beliau menyokong penuh transformasi Sibu menjadi bandar raya pintar.
Abang Johari berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk menaik taraf infrastruktur digital Sibu sambil menambah Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak telah diarahkan untuk bekerjasama dengan SMC untuk mewujudkan keterhubungan internet yang pantas.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan projek bangunan baharu SMC di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa Dua bagi memperingati ulang tahun majlis, dengan harapan ia akan menjadi simbol kepada SMC bergerak ke tahun 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021

Abang Johari berkata SMC telah mencapai kejayaan besar dalam mentransformasikan Sibu sejak 40 tahun yang lalu. - Gambar fail

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Singapura bakal buka hospital di Sarawak, perkasa industri pelancongan perubatan
Selain tukaran mata wang yang rendah, Singapura turut menilai impak jangka panjang kepada industri pelancongan kesihatannya.

Negeri maju berpendapatan tinggi: Kerja keras perlu untuk capai sasaran pertumbuhan - Abang Jo
Bagi mencapai sasaran, Sarawak perlu gandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Kabinet Sarawak tidak statik, boleh berubah ikut keadaan - Abang Jo
Abang Johari sedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.

PRN Sarawak: Abang Johari selesai buang undi, lokasi mengundi 'meriah' dengan VIP
Ketua Menteri Sarawak selesai membuang undi sekitar pukul 10.05 pagi, sementara Juma'ani sekitar pukul 10.14 pagi.

Sarawak peroleh manfaat jika Datuk Bandar Wee ada dalam DUN - Abang Jo
Katanya, Wee adalah seorang Datuk Bandar berpengalaman dengan banyak idea bernas yang mampu membawa lebih banyak kebaikan.

PRN Sarawak: Pindah ke DUN Gedong, Abang Jo mahu berbakti di luar bandar
Abang Johari akan menggantikan penyandang, Datuk Mohd Naroden Majais, yang sebelum ini mengumumkan untuk mengundurkan diri.

Budaya toleransi Sarawak perlu dipertahankan - Abang Johari
Budaya toleransi dihayati oleh NGO di Sarawak yang sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sibu bakal capai status bandar raya menjelang 2031 - Abang Johari
Beberapa projek besar dalam perancangan untuk mencapai wawasan itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Abang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus hormati hak, keistimewaan Sarawak
Abang Johari harap Kerajaan Persekutuan terus prihatin supaya mana-mana hak rakyat Sarawak yang sudah terhakis di bawah MA63 dikembalikan.