Keputusan kerajaan membenarkan penganjuran perlumbaan motosikal dan kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 15 Julai ini bakal merancakkan semula industri sukan permotoran negara yang sebelum ini terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata keputusan tersebut memberi peluang kepada SIC menganjurkan beberapa kejohanan yang terpaksa ditunda sebelum ini akibat pandemik berkenaan.
Antara kejohanan berkenaan adalah Kejohanan Superbike Malaysia, Siri Kejuaraan Perlumbaan Malaysia, perlumbaan lasak Sepang 1,000km serta Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas.
"Bagi status penganjuran kejohanan antarabangsa seperti Kejuaraan MotoGP Dunia, kami akan berikan maklumat terbaharu pada penghujung bulan ini.
"Fokus kami ketika ini adalah untuk memastikan kejohanan (permotoran) tempatan berjalan lancar, dan kesemua yang terlibat mengikuti prosedur operasi standard yang telah ditetapkan (pihak berkuasa)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini, mengumumkan bahawa kerajaan memberi lampu hijau bagi penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton bagi sukan tiada bersentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu bermula 15 Julai ini.
Kebenaran itu meliputi perlumbaan permotoran di Litar SIC dan litar-litar lain, kejohanan badminton perseorangan, tenis perseorangan, gimnastik perseorangan, terjun papan anjal dan kejohanan catur
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 10 2020
Keputusan kerajaan membenarkan penganjuran perlumbaan motosikal dan kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 15 Julai ini bakal merancakkan semula industri sukan permotoran negara. Foto: Bernama
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
SIC dijenamakan semula sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dikenali sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
Malaysia bakal terima kedatangan 11,000 peminat Indonesia ke Grand Prix 2023
SIC komited untuk memberikan kualiti tertinggi untuk perlumbaan dan akan memastikan penonton akan menyaksikan aksi hebat di trek.
SIC mahu lari dari stigma tempat elit
SIC mahu tukar persepsi dengan buka lebih lagi banyak ruang untuk acara lain, tidak hanya terhad pada Formula 1 semata-mata.
Permukaan litar SIC bakal diturap bermula Mac
Penurapan litar tersebut hanya membabitkan sepanjang 5.54 kilometer (km) dan hanya melibatkan kira-kira satu km di Selekoh 7, 8 dan 9.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.
Tiada perancangan anjur F1 di Malaysia dalam masa terdekat
Ini bukan waktu tepat untuk menganjurkan semula perlumbaan itu mengambil kira usaha kerajaan ketika ini dalam membantu rakyat membina semula kehidupan ekoran pandemik COVID-19.
MotoGP: SIC masih tunggu kelulusan anjur GP Malaysia 2022
Azhan menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022.
SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.