awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Dewan Rakyat terhenti seketika, Parlimen keluar amaran kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
02:40 MYT
Sidang Dewan Rakyat terhenti seketika, Parlimen keluar amaran kebakaran
Semua Ahli Parlimen termasuk petugas, pegawai dan mereka yang berada di bangunan Parlimen diarahkan keluar. - Foto Twitter Bernama
KUALA LUMPUR:Sidang Dewan Rakyat pagi ini gempar apabila amaran kebakaran diumumkan ketika sesi perbahasan sedang berlangsung.
Amaran kebakaran diumumkan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang bertanyakan soalan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi.
Justeru, Speaker Dewan Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan sidang ditangguhkan seketika dan semua Ahli Parlimen termasuk petugas, pegawai dan mereka yang berada di bangunan Parlimen diarahkan keluar.
Namun, pada 10.32 pagi, penggera sekali lagi dibunyikan sebagai pengumuman meminta semua yang berada di bangunan Parlimen untuk masuk semula.
Azhar berkata, kemungkinan terdapat masalah teknikal dan punca insiden itu sedang disiasat.
"Terima kasih Yang Berhormat semua kerana memberi kerjasama. Terdapat sedikit masalah teknikal saya rasa tadi. Punca perkara tersebut sedang disiasat," katanya sebelum meneruskan sesi soal jawab.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, amaran itu sekadar satu latihan kebakaran di Parlimen.
"Pada 10.32 loceng telah dibunyikan semula dan semua Ahli Parlimen diminta masuk semula ke Dewan Rakyat dan urusan mesyuarat disambung semula," katanya kepada Astro Awani.
Jelasnya, latihan itu sebagai persediaan sekiranya benar-benar berlaku kebakaran di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Dewan Rakyat
#kebakaran
#Parlimen
#amaran kebakaran
#latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan