awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu

Bernama
Bernama
07/01/2026
13:23 MYT
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 25 tahun itu pada kira-kira 10.30 malam, yang mendakwa dirinya disamun oleh dua wanita warga asing. - Bernama
KUANTAN: Seorang wanita warga asing disiasat kerana membuat laporan polis palsu selepas mendakwa dirinya disamun hingga kerugian RM10,000 di hadapan sebuah hotel di Genting Highlands, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 25 tahun itu pada kira-kira 10.30 malam, yang mendakwa dirinya disamun oleh dua wanita warga asing kira-kira 5.30 petang hari sama di hadapan lif sebuah hotel di kawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, siasatan mendapati kejadian samun yang dilaporkan itu tidak wujud berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati wanita itu telah berjudi di sebuah pusat perjudian dan kerugian RM10,000 sebelum membuat laporan polis palsu bagi mengelakkan dimarahi teman lelakinya.
Selain itu, Zaiham berkata suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri semasa siasatan dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya.
Beliau berkata wanita berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki pasport yang sah untuk masuk dan tinggal di Malaysia, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga asing
#laporan palsu
#dakwa disamun
#kalah judi
#Genting Highlands
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan