awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober dijangka yang terbesar dalam sejarah – PM Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2025
00:30 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober dijangka yang terbesar dalam sejarah – PM Anwar
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober tahun ini dijangka yang terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 1976, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar PMO/ Afiq Hambali
RIO DE JANEIRO: Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober tahun ini dijangka yang terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 1976.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia disebabkan oleh penyertaan pelbagai negara bukan Rakan Dialog ASEAN yang mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak itu.
“Selain Perdana Menteri Giorgia Meloni (Itali), Presiden Luis Inacio Lula da Silva (Brazil), Presiden Cyril Ramaphosa (Afrika Selatan) juga telah bersetuju untuk hadir.
“Sidang Oktober ini menjadikan ia terbesar dalam sejarah ASEAN dengan kehadiran pelbagai negara,” kata Anwar dalam sidang media merumuskan lawatan kerja ke Rio de Janeiro sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, di sini, pada Isnin.
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Pada Mei lalu, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang dihadiri Perdana Menteri China, Li Qiang merupakan yang pertama seumpamanya, mencerminkan usaha Malaysia untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.
GCC merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Sidang Kemuncak ASEAN 2025
#Kepengerusian ASEAN
#PM Anwar Ibrahim
#ASEAN 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan