Ringkasan AI
- Kerajaan sedang meneliti cadangan menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 di Malaysia secara berkala, termasuk kerjasama dengan negara lain.
- Laporan penilaian kebolehlaksanaan penganjuran F1 dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang November sebelum keputusan dibuat.
- Penilaian turut mengambil kira kos, manfaat ekonomi kepada negara, serta potensi impak kepada pelbagai sektor dan kementerian.
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) di Malaysia secara berkala, termasuk menerusi kerjasama dengan negara lain.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata laporan penilaian mengenai kebolehlaksanaan penganjuran semula perlumbaan itu dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang November ini sebelum keputusan dibuat berhubung cadangan berkenaan.
Beliau berkata perbincangan awal telah diadakan di antara Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1 serta pihak pengurusan F1 berhubung cadangan itu.
Katanya, antara perkara yang dipertimbangkan ialah kemungkinan menganjurkan perlumbaan itu setiap beberapa tahun menerusi kerjasama dengan negara lain, namun cadangan tersebut masih di peringkat awal.
"Penilaian sedang dilaksanakan bagi meneliti kebolehlaksanaan penganjuran, termasuk kos yang diperlukan serta potensi manfaat ekonomi kepada negara.
“Kementerian Belia dan Sukan juga diberikan mandat untuk menganggotai jawatankuasa penilaian F1 yang membabitkan semua kementerian serta Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai kemungkinan F1 kembali ke Malaysia serta pertimbangan kerajaan sebelum memutuskan penganjuran perlumbaan berkenaan.
Dr Mohammed Taufiq berkata kerajaan mahu memastikan penganjuran F1 tidak hanya memberi manfaat kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebaliknya turut menyumbang kepada ekonomi negara secara menyeluruh.
Justeru, menurutnya, penilaian itu turut mengambil kira potensi manfaat kepada pelbagai sektor serta kementerian, selain kesediaan untuk menganjurkan acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah cadangan yang sedang dikaji oleh kerajaan berkaitan perlumbaan Formula 1 di Malaysia?
A: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) di Malaysia secara berkala, termasuk menerusi kerjasama dengan negara lain. - Q: Bilakah laporan penilaian mengenai kebolehlaksanaan penganjuran semula F1 dijangka dibentangkan?
A: Laporan penilaian dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang November ini sebelum keputusan dibuat. - Q: Siapakah yang terlibat dalam perbincangan awal mengenai cadangan penganjuran semula F1?
A: Perbincangan awal telah diadakan antara Perdana Menteri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, dan pihak pengurusan F1. - Q: Apakah aspek yang diambil kira dalam penilaian kebolehlaksanaan penganjuran F1?
A: Penilaian melibatkan kos yang diperlukan, potensi manfaat ekonomi kepada negara, potensi manfaat kepada pelbagai sektor serta kementerian, dan kesediaan untuk menganjurkan acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa. - Q: Apakah peranan Kementerian Belia dan Sukan dalam cadangan penganjuran semula F1?
A: Kementerian Belia dan Sukan diberikan mandat untuk menganggotai jawatankuasa penilaian F1 yang membabitkan semua kementerian serta Ketua Setiausaha Negara (KSN).